Tuesday, January 6, 2009

Cara-cara memasak Roti Chicken Floss & Kek Coklat

ROTI CHICKEN FLOSS

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk Tepung Gandum cap wau(cap ADABI pown bole.tapi sebab cap wau ni murah.paham2 la... )
2) 1 mangkuk air paip(air masak pown bole.tapi cam bese la.bajet xde nak masak air)

Cara Penyediaan:
1) 1 mangkuk tepung gandum digaulkan dengan 1 mangkuk 1 paip
Adunan 1 mangkok tepung gandum & air

2) Sila gaul hingga sebati ek
Adunan yang separuh sebati.gaulkan lagi sehingga menjadi sebati 100%

Adunan yang sudah sebati

3) Bila dah sebati, masokkan campuran tersebut kedalam oven(kepada pengguna mangkok murah,sila tukar mangkok anda untuk mengelakkannya jahanam.saya menggunakan mangkok yang ditempah khas di Kedai IdamanSuri Langkawi, so konfem tahan panas la mangkok tersebut)
Campuran hendak dibakar di dalam oven

4) Bakar campuran tadi selama 1 jam pada suhu 150 darjah celcius
5) Roti Chicken Floss siap!!!
Roti Chicken Floss

------------------------------------------------------------------------------------------

KEK COLAT

Bahan-bahan:
1) 1 mangkok tepong gandum cap wau jugak
2) 1 mangkok air paip jugak(again...)
3) minyak masak(kuantiti ikut suka...)
4) 1 cawan gula

5) 1 botol coklat pewarna

Cara Penyediaan:
1) Gabungkan 1 mangkok tepong bersama air paip tadi
Adunan 1 mangkok tepung gandum & air

2) Gaul adunan hingga sebati
3) dengan tiba-tiba aku berasa sangat malas giler...mak aku plak kater " ko toksah nak berangan la nak buat kek coklat tuh.gi beli cup kek kat kedai mamak tu jer".hampeh tol...
4) cancel wat kek coklat
5) ambik minyak.tuang dalam kuali.panaskan(hati-hati ketika mengendalikan botol minyak kerana kecelakaan akan berlaku bila-bila masa sahaja.contohnya seperti gambar di bawah ini)
Kemalangan ketika hendak menuang minyak ke dalam kuali.buduss~

6) tuang adunan tepong dengan air tadi ke dalam kuali
(sambil masak sambil amek gambar.jangan tiru aksi ini)
Goreng Kek Coklat cekodok anda sehingga panas

7) lebihan 1 botol coklat pewarna boleh la disimpan semula kedalam peti sejuk manakala lebihan 1 cawan gula boleh la ditambah dengan 1 sachet teh boh untuk dijadikan air teh.
8) Kek coklat cekodok dan air teh siap!!!
Kek Coklat Cekodok

Secawan Gula --> Air Teh

2 comments:

miss.anne said...

HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHH! :D

Aidi-Safuan said...

haha...hebat x?