Wednesday, January 14, 2009

"Tumbuk atas pentas konvo"


KAJANG: Remaja lelaki yang menumbuk Pengerusi Senat Kolej New Era, Dr Yap Tian Sian ketika berucap di hadapan 500 graduan dan ibu bapa di sini semalam dikatakan menyamar sebagai petugas konvokesyen. “Kejadian bermula apabila Dr Yap sedang menyampaikan ucapan. Mikrofon yang digunakannya mengalami masalah menyebabkan beliau berhenti berucap.

“Ketika itu, remaja terbabit naik ke atas pantas lalu Dr Yap menyangka dia ingin membetulkan mikrofon. Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila tiba-tiba ditumbuk di muka,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, remaja itu melepaskan satu tumbukan menggunakan tangan kanan ke arah muka Dr Yap. Serangan itu menggemparkan semua hadirin. Dr Yap hampir pitam apabila hidungnya berlumuran darah sebelum segera dipapah duduk di kerusi untuk diberikan rawatan. Difahamkan, Dr Yap belum sempat menyampaikan sijil kepada graduan yang menamatkan pengajian.

ulasan: what?!!!!!giler otai tumbuk chairman kolej!tyme tengah konvokesyen lak tuh!!!hebat tol la orang ini.news arini lak gitau orang tersebut adalah ex student kolej tersebut.wakakakak....aper la orang tua ni wat sampai menci sangat orang ini terhadap beliau. agak berani gak la orang ni menumbuk mr chairman kat depan thousand of people.wahahaha....