Sunday, June 28, 2009

Aku pergi kenduri tahlil?cam tipooo jerk

aku bangun jer tido kol 9 tadi(9 malam yer), teros mak suruh siap-siap sebab ada kenduri tahlil kat rumah mak ngah aku.adeih,baru bangun nih!


*rutin harian hidupku telah berubah kerana sekarang nih time cuti semester.so, skarang ni aku adalah batman!

sampai jer kat rumah mak ngah, orang semua da nak start solat isya'.adeih, aku yang dengan pakai sexy nih memang tak dapat la nak berjemaah. pastu kena marah kejap dengan mak sebab tak nak follow diorang solat.huhu...abes jer solat, aku join la diorang baca yassin.(tu jer la yang termampu.hehe...).


macam biasa la, orang tengah baca yassin, pakcik-makcik yang bawak anak tuh konfem la main-main tyme tuh. duduk dekat sebelah aku lak tuh. terganggu mood aku nak baca yassin<--tipoo. after baca yassin, tibalah saat yang sering ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. segmen mari makan beramai-ramai la...aku baru jer nak bangun sekali tengok semua da serbu tempat makanan.cilakak!padahal aku yang paling dekat dengan table makanan tuh. siot jer!


da nak clear orang yang beratur tuh, baru la aku nak pegi amek makanan. tuh pown ade yang da start amek second round punya makanan lak tuh. cilakak! tengok-tengok, lauk pown da nak abes. siot tol. amek jerla sekadar yang tinggal. adeih...


da abes makan, lepak dengan cousin aku pulak. sesi pertama lepak dengan beliau adalah, sesi "bertanyakan saudara-mara yang aku tak kenal".huhu...aku nih memang jenis yang tak kenal sedara mara. so, memang ramai la orang yang datang tuh aku tak kenal. lepak dengan cousin aku tuh dapat la kenal sorang-dua sedara-mara tah sapa-sapa tuh.huhu...tuh pown skang nih da lupa balik da.(tak per laen kali bole ingat lagi.hehe...)



baca yassin sudah, makan sudah, lepak-lepak sudah, tetamu pown da tinggal sikit jer. tuan rumah pon cam bagi isyarat suruh berambus jer. aku pown cakap kat mak aku suruh balik. sampai jer kat pintu, "ekele, ni sape plak nih? time baca yassin tadi tak de pown." rupernyer wujud lagi dalam dunia nih golongan yang tau menghabiskan makanan kenduri jer.ish2...


Geng-geng yang muncul time sesi makan bermula

Geng makcik-makcik da bersedia nak ngumpat

2 comments:

Syima Syaz said...

wakakakaka...kelakar.mcm citer komik pun ada..

Aidi-Safuan said...

aiksss.part mane yg klaka tuh?