Thursday, June 11, 2009

Tawaran Kerja Online

well, recently aku ade dapat emel daripada anonymous yang bagitau pasal kerja part tyme sebagai jurutaip. pernah dapat gak dulu emel camnih tapi tyme tuh tengah kaya. so buat-buat tak tau jerla pasal emel2 cengginih..so sekarang nih da takde duit, cuber2 la gak nak carik kerja yang mendatangkan duit neh....

emel tersebut berbunyik camneh....

JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)

Sahabat Sekalian,

Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????

Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.

Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.

Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.

Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!

Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:

1- Klik button reply pada email anda

Pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com

Cc: (shaza_dania@yahoo.com.my)

2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini

(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)

3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.

Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.

Terima kasih.

# Sila reply email ini berminat atau tidak berminat



pernah dapat emel camnih???mostly anda sumer penah dapat kowt....dan aku pown try la reply emel nih cakap berminat.hasilnya????nih emel yang dier reply......

SEPATAH KATA DARI PENAJA

Terima Kasih Di Atas Perhatian Anda!

Salam Sejahtera,

Hi, Saya Norhazlin, Penaja Pekerjaan Menaip Dirumah, dengan ini ingin mengalu-alukan minat saudara/i untuk menyertai program kami.

Untuk makluman anda, program ini beroperasi dibawah kendalian Syarikat Autumn Paradise Sdn Bhd (734093-W), beribu pejabat di No 33-C Aman Puri, 52100 Kepong , MALAYSIA .

Mula ditubuhkan pada tahun 2006,syarikat ini telah berkembang dan telah menawarkan pekerjaan kepada lebih 2,500 orang ahli. Operasi syarikat kami banyak tertumpu kepada khidmat pengurusan kerja-kerja pejabat secara online dan juga offline.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat dimana mereka tidak lagi perlu menggaji pekerja sebaliknya hanya perlu mengupah kami untuk melakukan kesemua kerja-kerja menaip dan urusan pejabat bagi pihak mereka.

Secara tidak langsung mereka bebas dari tanggung jawab untuk menjaga kebajikan pekerja seperti membayar wang KWSP, tuntuan kerja lebih masa, cuti dan sebagainya. Apa yang mereka tahu kerja akan disiapkan oleh kami pada masa yang telah ditetapkan.

Dengan ini juga, mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha-usaha untuk mengembangkan lagi pasaran dan meneroka peluang-peluang perniagaan yang sedia ada di dalam negeri mahupun diluar negara.

Berkembangnya perniagaan mereka, maka bermakna lebih banyak pekerjaanya yang kami terpaksa lakukan. Dari itu, pertolongan dari saudara/i amatlah diperlukan.

Maklumat lanjut berkenaan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan ini, adalah seperti di TAWARAN KERJA MENAIP yang disertakan bersama-sama di bawah ini.

Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi memerlukan penjelasan lanjut,setelah membaca TAWARAN KERJA MENAIP ini,anda juga dipelawa untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan kepada saya di alamat email: fast_advertise@yahoo.com

Sekian, Terima kasih.

Selamat Bekerja & Untung Bersama.

Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

EMAIL: fast_advertise@yahoo.com

TAWARAN KERJA MENAIP

Pemohon Sekalian,

Terima kasih kerana memohon.

Dengan bangganya, kami ingin memaklumkan bahawa, permohonan anda untuk bekerja dan seterusnya mendapat bayaran dari kami adalah dengan ini DITERIMA.

TAHNIAH!!!

Anda akan dibayar berdasarkan pekerjaan yang anda lakukan untuk kami seperti:

1- Menghantar email iklan bagi pihak kami

2- Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan

3- Menaip Invoice, Surat menyurat,dan sebarang kerja-kerja menaip syarikat.

4- Melayari internet Untuk kami dan mendapat bayaran

5- Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda

Kerja-kerja ini yang 99% adalah berdasarkan kerja MENAIP,adalah mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Selain itu, kami juga menawarkan latihan & tunjuk ajar secara on-line bagi mereka yang memerlukan, dan ia adalah PERCUMA. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dibidang IT dan Internet.

BERAPA BANYAK BAYARAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI???

Itu semua terpulang kepada anda. Jika anda rajin dan berdedikasi, pulangan sebanyak USD1000 atau RM3,800 sebulan/mingguan/harian tidak menjadi masalah.

Untuk Proses Pembayaran, kami akan melakukannya pada setiap 7th hb setiap bulan ke akaun bank anda. Butiran lanjut mengenai akaun bank anda akan kami minta sebelum anda memulakan tugasan nanti.

Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dengan akaun bank luar pesisir melalui internet seperti Paypal, Stormpay dan sebagainya, untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan anda

Kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, peluang kenaikan pangkat kepada Penyelia (Supervisor), Pengurus dan sebagainya juga ada disediakan.

Program Kerja Menaip yang kami sediakan ini pada dasarnya adalah percuma, tetapi disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh, maka pihak pengurusan syarikat sepakat utk memperkenalkan Konsep deposit wang Cagaran (refundable deposit) kepada semua bakal pekerja baru.

Melalui konsep ini setiap peserta yang benar-benar berminat, dikehendaki untuk membuat bayaran deposit wang Cagaran (refundable deposit) sebanyak USD20.00 atau RM50.00 dimana wang yg dibayar ini akan dipulangkan balik kepada anda sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100. Jumlah ini bolehlah dianggap kecil jika dibandingkan dengan perolehan bulanan anda nanti yg boleh mencecah sehingga RM3,800 sebulan.

Kami percaya melalui tugasan pertama sahaja anda sudah mampu untuk mencapai had minima yg ditetapkan ini dan seterusnya memperolehi kembali wang cagaran beserta pendapatan bulanan anda itu nanti.

Diharap anda memahami kedudukan kami yang terpaksa melayan ratusan pelanggan setiap hari.

Dari itu, hanya mereka yang berminat, dan mempunyai keinginan yang tinggi SAHAJA akan diberi TUGASAN ini.

Jadi Buktikanlah kesungguhan anda dalam menerima pekerjaan ini.

HARUS DIINGAT JUGA!!! TAWARAN KERJA MENAIP INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 3 HARI SAHAJA, BERMULA DARI TARIKH SURAT INI DIHANTAR, KEPADA ANDA.

Kami menanti pengesahan dari anda.

Terima kasih

Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

Nota: Jika masih tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan, saya ingin mempelawa anda, untuk mengikuti – “Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQs) Oleh Pemohon-pemohon yang lalu dibawah ini.

BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN DEPOSIT WANG CAGARAN (REFUNDABLE DEPOSIT)?

1- Jika anda berada di Malaysia , Brunei , Singapura dan Filipina, Anda boleh melakukan pembayaran terus ke akaun seperti dibawah ini:

BANK : MAYBANK

ACCOUNT NO: 562553402447

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00

atau

BANK : CIMB

ACCOUNT NO: 14060540697526

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00

SETELAH ANDA MENYELESAIKAN PEMBAYARAN DIATAS, SILA EMAILKAN KEPADA SAYA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT SECEPAT YANG MUNGKIN:

1- Tempat bayaran dibuat

2- Tarikh dan masa bayaran dibuat

3- NO RESIT ATAU NO REFERENCE PEMBAYARAN

Selain itu, sila simpan slip pembayaran utk tujuan pengesahan kelak (jika diperlukan)

SETERUSNYA SAYA AKAN MENYEDIAKAN TUGASAN/KERJA MENAIP UNTUK ANDA LAKUKAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN SETELAH MENGESAHKAN PEMBAYARAN BERKENAAN DIBUAT DAN ANDA JUGA BOLEH MEMULAKAN KERJA PADA HARI YANG SAMA.

Terima Kasih.





huhu....aperkah pendapat anda???

9 comments:

Syima Syaz said...

pendapatan saya adalahhhh...
jgn aidi.saya dulu pernah kemaruk gile nak dpt duit lebih,try lah minatang ni.pastu ayah saya,kawan2,sepupu papat sume kate penipuan semata.mmg lah rm50 tuh tak byk,tapi kalau 1 rm50,10 org dah berapa?kang elok2 ade rm50, pastu trus lesap.asal dia nak duit cagaran plak,sedangkan kita kena buat kerja je.kwn saya buat keja taip2 kat umah yg betul punye,1sen pun dia tak kena bayar...
so pikir2 lah...kalau nak try gak,sila la.kalau diorg btl,saya pun nak!!

Aidi-Safuan said...

errkkkkk!!!huhu...yer tak yer gak.mungkin da terpengaruh ngan gaji yang ditawarkan tuh la sebab tak leh pikir ngan waras kowt.huhu...anyway,thanx~

Anonymous said...

jangan tertipu. budak norhazlin ibrahim ni kaki kelentong. banyak duit orang dah dia kebas. tapi dia ni jenis tak serik..patut kena pukul aje.

Mohammad Iqmal Fazli Bin Hamran said...

saya pon ada terbaca jugak pasal budak yang bernama norhazlin ibrahim....ternyata memang dia kaki kelentong.....anyway...visit my blog di www.problemzamansekarang.blogspot.com

Anonymous said...

babi, aku baru je kena....

hish, kalau aku juga %#%$#$%#$ ni,
aku belasah dia sampai masuk kubur..... arghhhhhhhh!!!!!!

Anonymous said...

kalau aku jumpa %^&%&% la, sori

Aidi-Safuan said...

ko pon da kena ke bro? adeih.. takperla, lepas nih gitau la member2 ko supaya jangan terkena plak lepas nih

Anonymous said...

Aku pun hampir tertipu....Tapi aku masuk kn duit kat org lain..Kerja same kene bayar deposit RM35...nama die Chan Li Yuen...die cakap nak email tp smpai sekarang die x email2 agi..urmmm ;(

sOna aFzan said...

ala, kire dh kne tipu la ni..
waaaa..
dh la rm100..
ni yg terase nk nanges meraung raung ni..T_T

ya allah, knape la bodoh sgt ak blh pcaye mnde ni...