Tuesday, July 21, 2009

Time to Change

owh, post nih bukan aku nak promot produk Digi ker aper. takde kena mengena dengan Digi pown actually. baiklah kawan-kawan maya ku sekalian, back to the topic. topic kita pada pagi-pagi buta lepas subuh ini adalah; "ala-member-member-toksah-la-nak-berkira-sangat"

Member aka rakan aka kawan dan lain-lain adalah orang yang anda kenal dan orang yang kenal anda. yer, mereka adalah orang yang mengenali anda la senang citer. (pandai2 jer reka maksud nih -_-"). jadi, adalah kebarangkalian yang tinggi jika mereka ingin meminta tolong pada anda dengan selalu. dan atas nama "member" juga lah, maka adalah wajib untuk anda tolong member anda nih.(owh, reka statement sendiri buat kali kedua)

dah banyak cara aku penah tolong orang yang bergelar "member" aku nih. macam-macam aznil da aku bantu sedaya mungkin. dan setiap kali ayat yang dilontarkan semasa aku konon-konon cam malas nak bantu adalah, "ala, member-member. tolong la eh". dan setiap kali terkeluarnyer ayat itu, teros aku bantu "member" ini dengan tahap keikhlasan aku yang dah tak max lagi. sebab aper??? sebab ayat tuh da banyak kali aku dengar oleh "member-member" yang nak lepaskan diri akibat desperate, malah most of them adalah orang yang tidak menghargai.

daripada ramai "member" yang mintak tolong kat aku, ader 3 jenis yang aku detect. group 1 adalah orang yang sangat menghargai pertolongan aku. tiap2 kali tolong jer mesti ade habuan(bukan rasuah yer.hihi....) untuk aku. tak kesah la blanjer makan ker, minum jer ke, share info yang aku tak tau ker dan laen2 lagi. dan aku tak penah pown mintak dibayar dengan duit. Say no to rasuah!(iklan tetiber). so setiap kali aku tolong group 1 nih, aku rasa pertolongan aku dihargai dan aku rasa automatically willing kalo diorang mintak tolong lagi anytime. Group ke 2 plak adalah orang yang tak pernah contact aku selama nih, juz kenal-kenal camtuh atau cam penah dengar aku ade advantage ape2, tetiber contact aku untuk buat something. pown aku tak kesah gak kalo nak mintak tolong aku, tapi kalo setakat BUZZ!!! YM aku then mintak tolong aku. lepas abes aku tolong da tak contact aku citer paper, maka sila2 la carik orang laen untuk bantuan lepas nih. Group 3 adalah golongan orang yang sangat la aku %!#$%&. huhu....dah la mintak tolong aku, lepas aku tolong tuh, bole kutok2 aku kat orang laen plak tuh! macam nih punya orang pown ade ker? adoih....

aku pernah tolong carik sponsorship, pernah tolong buatkan asemen calculus yang da lame aku luper, pernah tak tido malam buatkan design, pernah jadik pengacara majlis dan lain-lain lagi. tapi sumer aku tak pernah mintak bayaran untuk masa dan penat dan effort aku tuh atas dasar "member" tuh. tapi tak tau la, maybe budaya melayu tuh kureng menekankan tentang aspek MENGHARGAI agaknyer. actually ade jer orang yang berterima kasih kat aku sampai skang nih walaupon aku da tolong beliau 2 tahun lepas. dan beliau adalah indian. dan ade jugak orang yang beria-ria nak blanje aku nasik brianni padahal dier tanya nak kasik adiah besday untuk awex dier jer pown. dan dier adalah chinese okesss.....so itulah sebab skang nih aku cuber nak kenakan bayaran untuk setiap kerja(kerja besar jer la. setakat tolong buat 1 soklan add math takkan nak kena bayar plak). and unfortunately, aku dianggap sebagai BERKIRA plak dengan "member".hurm...


p/s: penghargaan bukan melalui duit sahaja okesss!

2 comments:

Syima Syaz said...

memang patutpun...
sebab tuh buat baik berpada-pada..

Aidi-Safuan said...

huhu...tuh la.tapi biler da dimintak tolong tuh,pastu nak mintak tolong orang tuh balik, mesti konfem dier takleh tolong.hurm....