Monday, September 28, 2009

I like to go to other's people house

Semalam cerita pasal tikus. Keputusannya, aku berjaya menangkap 2 ekor tikus dalam rumah aku ni. Hampeh tol. Ingat rumah aku nih Bilik Mesyuarat Tikus ke? Banyak pulak yang lepak dalam rumah aku nih. Tikus pertama berjaya di tangkap pada pukul 1.38 pagi. Perasaan bangga dalam diri ini usah dipertikai. Macam dah kira kejayaan besar dah kerana berjaya tangkap tikus. tiap-tiap 5 minit mesti nak tengok dapur kat tempat tikus di perangkap tuh. (-_-")

Lepas setengah jam, terdengar bunyi tikus lagi. adeih... pelik giler. ada banyak plak tikus kat rumah aku nih. perangkap tikus ada 1 jer. takkan la nak bukak perangkap untuk tangkap 2 ekor sekaligus plak. at least aku takder la se-bengap tuh. hihi...

Akhirnya 1 idea yang aku pikirkan on-the-spot dirasakan sangat bijak+menarik+kreatif. "Apa kata kalau aku campak tikus nih kat atas jambatan kat Sungai Gombak? Jambatan tuh da la tinggi. bila tikus jatuh, mesti dia mati kesakitan dan kelemasan punya" kata aku di dalam hati.

Start enjin motor. Bawak perangkap tikus dengan tangan kiri sebab bakul motor tak muat. sampai kat atas jambatan, time nak bukak perangkap tikus agak menakutkan sebab tikus asik hulur tangan kat pintu masok perangkap tikus tuh. "Cis! tunggu la aku bukak pintu nih. siot ko tikoos!" marah aku kepada tikus. tak tau dia paham atau tidak.

Ku sangkakan idea bijak tuh menjadi. eh silap. memang ia menjadi dan aku berjaya mencampakkan tikus itu ke dalam sungai. tapi pengakhiran yang aku harapkan tidak menjadik pulak. tikus tuh dengan selamat landing atas sungai. pastu teros berenang kat tepi sungai tuh. Cis! Cis! Cis!

Balik rumah dengan kecewa, pasang balik perangkap tikus kedua. Bangun pagi, perangkap dah ilang. ingatkan tikus tuh dah panggil geng dan gigit perangkap tuh sampai abes. rupanya abah kesayangan dah tamatkan riwayat tikus kedua tuh. Sekarang nih takot tikus pertama tuh panggil geng ramai2 dan serang kampung aku nih cam dalam cerita magic flute tuh. huhu...

ouh. again. tajuk tidak menggambarkan post. Baiklah. hari ini adalah hari pertama ke department baru. department yang suka ke rumah orang dan repair telefon. hari nih pergi 7 buah rumah. semuanya ajak makan kuih raya lepas repair telefon tapi terpaksa ditolak untuk mengelakkan rasuah. hoho.... seronot nya department ini kerana ia mempunyai pantry dalam ofis nih. diulang, dalam ofis yer. dan sepanjang hari nih, aku tak nampak pown sesaper yang sanggup nak bancuh air dalam ofis nih. lebih menakutkan, aku jumpa 1 balang kuih raya yang entah raya haji tahun lepas punya agaknya. hahahahaha...