Monday, November 30, 2009

Bad week of Hari Raya

mood raya tak merasa sebab pergi melawat aunty kat Ipoh sakit terok. habis kerja teros gerak time malam raya minggu lepas. sampai Ipoh dah pukul 1 pagi. letih okay! baru ingat nak tido, jiran sebelah kata ular sawa yang dia jadik kan pet, hilang la pulak. adoiyaii... kejadah aper ular sawa dalam sangkar boleh hilang? mood tido aku plak hilang lepas tuh. hampehs...

bangun jer pagi...... tapi tak der la pagi sangat kalau bangun pukul 11.30 tuh kan. (salahkan ular sawa terlepas tuh!). auntie dah masuk hospital dah pon. breast cancer. mandi then pergi hospital. time hari raya nih! mood raya hilang teros. ketupat, lemang, kuih raya jadah semua tak rasa lagi nih sampai ari nih.

raya kedua, doctor cakap dah tak leh tolong paper dah. Time of death: 5 petang raya kedua. mandi, kapankan semua tuh. pukul 8 lebey, nak hantar jenazah pergi melaka since my auntie orang melaka. my uncle naik van jenazah. so, hero of da day, (aku lah! saper lagi), drive kereta beliau ke Melaka.

time nak gerak, mak sedara aku sorang nih buat hal. 3 kereta dan 11 orang. of coz la 2 bijik keta ada 4 orang dan sebijik lagi tuh 3 orang jer kan? diz annoying mak sedara aku nih bole pulak nak duduk 1 kereta sekali dengan anak dier 2 orang. adoih... bergadoh sakan la plak dengan owner kereta bertiga. last2 majuk tak nak pergi melaka. cam celaka okess! orang nak cepat, bole plak gado then majuk tak nak follow. ini punya orang pon ade ke? last2, owner kereta mengalah. kereta aku jadik 5 orang. tahniah! dengan barang yang berlambak, aku orang terakhir sampai melaka. pukul 3 pagi. damn it!

time nak balik KL, selipar aku hilang. thank you orang Melaka!

haaa... takder mood sekarang nih. bangun pagi, aku sorang jer yang kena bekerja hari nih. orang lain da dapat cuti. siot!