Monday, November 30, 2009

Nur Kasih is just a typical Islamic Series?

Sharifah Sofia, Remy Ishak, Tiz Zaqyah Razak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera



well, actually aku tak tengok langsung series nih mula-mula dulu walaupun selalu tengok iklan dia kat TV3. pastu siap beria-ria jawab kuiz "siapakah anda dalam series Nur Kasih?". padahal tak tengok pon. hoho...

sebab ape? well, sebab aku rasa Nur Kasih nih adalah typical series yang dah berlambak kat Malaysia nih. orang jahat-tobat-jadik baik. kalo ada tambahan pon, bercinta then kahwin. abes cerita. cerita genre camnih aku dah berlambak da tengok selama nih sama ada series atau pon movie. then aku assume, ape gunanya tengok cerita yang sama bebanyak kali? kalau ada kelainan pon, setakat tukar muka pelakon dengan pengarah. tuh jer. hoho...

tapi setelah ramai orang mempersoalkan perlekehan aku terhadap series nih(especially pihak2 gadis la kan), aku saje la nak tengok sket2. besh sangat kah Nur Kasih nih seperti yang digembar-gemburkan orang ramai? itu pon sebab ade orang yang kasik aku VCD Nur Kasih nih. kalau nak harap aku tengok kat Catch-Up TV3 tuh, harapan hanya tinggal kenangan jer la. hoho...

well, setelah baru menonton sebijik dua episod. not bad for a Malaysian Series. Teknik Lighting cerita nih memang besh. ada certain part, sengaja di rendahkan white balance nak kasik lebih feel suasana sekeliling. background sound pulak menarik dan lain daripada yang lain. takder lah kalau mood sedey jer, dengar sound efek yang 1 tuh jer kat drama-drama yang selalu tengok kat TV3 nih. Jalan cerita plak actually biasa-biasa jer. macam yang aku cakap, budak jahat last2 jadik baek. pastu kawen. abes cerita. tapi yang buatkan Nur Kasih nih menarik adalah side story dia. banyak info yang diterapkan secara tak sedar dalam series nih.

Contohnya cam dalam awal-awal episod. Jalaluddin Hassan rasa bersalah sebab gunakan cara rotan untuk menghukum anaknya. ada satu lagi scene menarik plak, bila Fizz Fairuz gitaw abah dia yang tak semua cara dan ajaran terdahulu tuh betol dan reliable.... owh, okay. aku bukan nak cerita pasal series nih sangat. aku sendiri pon tengok skip-skip jer nih. kalau nak tau lagi, sila tonton sendiri okay! DVD Nur Kasih pon dah dijual sekarang nih. pergi beli sendiri!