Sunday, December 6, 2009

Appreciation Dinner MPP Uniten 08/09. Is it worth it?

dapat surat jemputan ke majlis makan malam MPP Uniten sesi 08/09 last week. kat Kelab Tasik Putrajaya. tak pernah dengar? aku siap sesat jalan lagi nak pergi situh. hehe... since aku tak buat apa-apa malam 5 disember 2009. pergi jerla kan. lagipon bukan kena bayar pon, free jerk. hehe...



merayau-rayau dengan cik M di siang sabtu untuk mencari pakaian yang sesuai. dinner bertemakan merah+hitam. kombinasi aper nih? aneh jer.

dah organizer suruh pakai ikut tema gak, pergi la shopping kat The Mines. tengah sale lak tuh sekarang nih, sronot je. haha... luckily time tuh, ada pertujukan Alvin and the Chipmunks sempena promosi filem terbaru Alvin and the Chipmunks 2 yang akan keluar nanti.



----------------------------------------------------------------------------------


and, here goes the picture of the dinner. sorry picture tak berapa lawa becoz of lightning kat tempat tuh and kamera aku pon guna kamera handset je. hehe...




Goodies bag yang dapat time tuh


The Food!
actually nih table VIP dan aku dipaksa duduk kat sini.
table lain semuanya style buffet je.


The Dessert!
Ice Kacang je.
tawar plak tuh~


Me with cik M.
sorry picture tak lawa.
ciss...





haha... aku bangga dengan picture nih.
sebab aku nampak kurus sangatttt. hehe...




overall dinner not bad la. harga dalam RM 30 lebey jer time tanya kat manager banquet kat situ. yang tak menariknya apabila ada la orang tuh(nama dirahsiakan) menganggap dinner nih cam dinner appreciation untuk dia sorang la plak. bukan main lagi kasik ucapan penghargaan. dah macam ucapan orang time majlis pencen kerja kerajaan plak. pastu siap boleh claim dia orang nombor 1 kat uniten plak tuh. wow. hebat gler kau sampai bole cakap camtuh. tergelak2 aku tengok gelagat sorang minah nih. hehe...


yang nih plak top 10 best dress yang dicalonkan. pendapat aku? haha... tengok sendiri la dress mereka-mereka ini. t-shirt pon boleh jadik nominees what! hehe...


nih top 5 untuk girls. komen aku? haha... penoh dengan kroni. dah pilih sampai top 4, baru nak prasan semuanya daripada 1 kampus jer (uniten ada 2 kampus kat malaysia nih). pastu baru terkedek-kedek nak carik calon daripada 1 kampus lagi. mentang2 la ko sebagai emcee best dress, pilih geng-geng ko jer ek? haha...


yang nih plak best dress untuk lelaki. sarung kemeja, pastu pakai jeans. dah jadik top 5. aku kesian gak sebenarnya bler ada yang dicalonkan atas dasar nak cukup kuota dua2 kampus kena ada nominees dalam best dress. padahal ramai jer yang pakai lagi smart aku tengok malam tuh dok belakang-belakang nun.


pemenang best dress saper? haha... nanti la aku tunjuk. picture tak clear la. dah ada picture clear nanti aku post balik. komen aku tentang dinner nih? haha... maybe aku taknak datang lagi lenkali kalo dijemput lagi. emcee asal dah buat yang terbaik dah. tiba kat giliran emcee selingan, rasa cam aku sedang tengok rancangan lawak yang tak lawak. tuh tak termasok lagi gadis-gadis yang promote diri cakap masih single kat atas stage depan orang ramai. gler arh! jadual plak janji start pukul 8 tapi aku dengan sesat dah sampai pukul 9 setengah pon tak start lagi. then habis lewat sampai manager banquet dengan budak2 waiter semua dah balik dah. yang tinggal time tuh pak guard jer. objektif dinner sebenar nak appreciate MPP sesi lepas, tapi sesi best dress jer dah amik masa sejam. mengalahkan beauty contest la plak. but then, aku sebagai jemputan pon. nak komen lebih2 buat per kan? datang makan jerla. hoho...


p/s: nanti konfem ramai attack post aku nih. takper jangan risau. aku memang dah agak dah. hehe...

p/s/s: thanx to kanes sebab letak aku sebagai VIP of the nite. really appreciate bila ko suruh aku join best dress tapi aku tak nak since karang orang kata aku nih menang bias plak. thanx zanna sebab melambai-lambai kat aku tapi aku tak perasan langsung kat ko. haha... thanx to kak shafa kerana guide anda walaupon dua kali telefon pon sesat gak. hehe... dan thanx to ada beberapa mamat dan minah yang puji pakaian aku semalam pastu pelik napa aku tak terpilih dalam best dress. hoho...

p/s/s/s: setelah diselidik sejarah dinner mpp lepas2, no wonder memang camnih result nyer. haha...

p/s/s/s/s: banyak plak p/s ko nih aidi. hahaha...