Thursday, December 3, 2009

First time ever doing practical with LOVE!

ya! sungguh tepat sekali. memang full of love aku berpraktikal minggu nih. (sorry guys tak dapat nak update selalu). dah la start masok department hari rabu, lewat 10 minit lak tuh. ambik ko kena marah. haha... selama nih masok department lain selamber jer lewat tak de orang pedulik pon. tetiber lak kali nih straight semacam jer. cis...


Baru jer nak merehat-rehat kan diri, dah kena panggil. ingat nak blanjer minum ker tadi, rupanya kerja sebeban dah tiba.


"Aidi, nih ko susun ikut company contractor dengan nama technicion. pastu ikot tarikh gak tau! dah kemas sekemas tadika kemas, baru ko sign kat setiap paper tuh. alah kejap jer tuh. nampak jer banyak. hehe..."


"Baiklah kak Norasiah. akan kuturuti kata-kata mu itu! janji blanjer mekdi prosperity!"


"Banyak cantik?! ko nak aku sign kat buku log ko ker tak nak?"


"ok fine! nak buat la nih"


kena buli. cis... takper2. nanti time nak blah, aku letopkan kereta perodua myvi ko tuh. haha!





Muka kosentret tak boleh bla!








Bermula dengan penuh semangat. lawa kan sign I kat atas tuh? hehe... B/P tuh bukan BH Petrol! tuh singkatan "bagi pihak" ler. adoih... (-_-")




Dah sebeban banyak tuh punya kerja. dah nak siap dah nih. tetiber terdengar gelak tawa bos.

"Aidi, sorry2. lupa nak cakap. kena cop jugak la. hehe..."

"owh yeker? takper2. boleh buat lagi sekali. tak der hal lah!"
(konfem balik nih jugak aku kebaboom kan kereta ko!)

akibatnya, sign aku yang lawa2 teramat tadi, dah jadik cengginih...
haha... sah cam pemalas punya sign!
*sigh*




lepas lunch hour, big boss datang panggil aku suruh mengadap di bilik bersemayam (amboih. macam raja pulak ada bilik ayam).

rupa-rupanya lecturer dah datang nak melawat. cantek! seb baik arinih aku tak ponteng. haha...


Ingatkan nak bagi kata-kata semangat.
rupanya kena sound dalam buku log. cam siot!







Hari kedua di department yang sama.



"larh. nih aper plak nih?! semalam kan da siap?!"

"ala, semalam tuh bulan november punya. yang nih bulan oktober plak. tolong erh"

"la, bulan lepas kan dah ada budak praktikal lain tuh. yang dah abes da nih. takkan diorang tak buat kot?"
(adoih, semalam pesal aku tak bawak molotov cocktail nih? kalo tak dah bom da kereta dia. kan dah nyesal)

"haha... diorang malas sket. tuh yang aku tak sign buku log diorang tuh. tapi pelik pesal diorang tak fail. ko tolong jer la buat. banyak lak songeh!"






yeah, bole plak susun campur aduk mereka2 nih.
tak pasal2 aku dah macam staff plak nak kena susun baru.
cam siot!



haha.. berjaya snap picture orang yang susun campur aduk cam hampeh nih!
siap ar ko aku curse ko!