Friday, December 18, 2009

It's not "Don't judge a book by its cover". It's actually "NEVER judge a book by its cover"

wah, dah lama tak post kat blog nih. sorry guys! sangat-sangat busy buat masa nih. terlibat dengan pembikinan muzik video "Malaysia Satu" nyanyian Faizal Tahir. penat woo... eh tersilap. nih bukan video klip untuk faizal tahir. nih sebenarnya muzik video untuk festival filem dan video pelajar malaysia ke-7. huhu... jangan salah anggap okay~


sorry kat readers blog aidi-safuan nih kalau komen dan shoutbox anda tak dilayan yerk. sorry sangat2. lain kali ada masa konfem singgah blog anda.


well, setelah dah buhsan post benda-benda lucah dalam blog nih. tetiba nak serius plak hari nih. (mood: garang). nak story tentang "Pandangan Typical Orang" especially yang sebangsa dengan aku la nih. tetiba ari nih racist sket. hehe...


Pandangan typical yang biasa kita dengar(dan mungkin diri sendiri buat jugak). kalau orang tuh muka cam ganas je, mesti dianggap penyamun. nih contoh okay. banyak lagi yang ada kat dunia nih. satgi kasik contoh lagi. bukan aku nak menegakkan benang yang basah atau apa. dulu memang aku pon berpandangan typical kat orang lain. kalau ada kenal orang yang tak sembahyang jer, mesti ingat dia tuh jahat. kalau muka keluar masuk club jer, mesti assume budak neh kaki togak(kaki botol la...). percaya tak kalau aku cakap, apa yang selalu orang ramai assume tuh kebanyakannya salah?


Ya, memang aku nampak ada sorang member aku nih tak pernah aku tengok dia sembahyang. tapi bila fikir2 balik, memang la dia tak sembahyang. tapi siapa kita untuk menentukan dia jahat atau tidak? at least dia tak berpandangan buruk kat orang lain. tak gitu? BTW, kan ada 1 kisah dulu yang mana seorang pelacur pon dijamin masuk syurga hanya kerana mempunyai sifat belas kasihan terhadap binatang.


And yerp. even aku sendiri pernah pergi club. (refer here). dan sebab aku pergi club, ramai condemn aku tak hengat dunia masa tuh. kata aku nih dah jadik jahat la, dah jadi kaki botol la lepas nih, kaki pompuan la dan lain2. but then, aku still camnih. takde la berubah apa pon. memang la dalam club orang jual arak. tapi tak bermaksud orang yang pergi club tuh minum arak. kan? assumption typical manusia, club = tempat kotor/jahat = orang yang pergi adalah kotor/jahat. persoalannya, benarkah club tuh tempat kotor/jahat? hanya kerana menjual arak, tempat tersebut dicop jahat/kotor.(tak bermakna aku cakap orang islam boleh minum arak okay. jangan salah paham plak). ada jer orang sambut birthday kat club. takder pon orang yang celebrate birthday tuh kaki togak pastuh. kalau lah nak kata club tuh dikatakan kotor dan teruk hanya kerana arak yang dijual, bukan kah 7 eleven pon ada juar beer? okay tak yah 7 eleven. boikot israel. jom pergi hypermarket Giant. macam lah Giant/Carrefour/Tesco tak jual beer plak kan? then semua tempat kotor? hehe... dan fikirkanlah tentang ini. government tax yang korang semua bayar untuk fast food tuh juga dikenakan pada rokok dan arak jua. yang kemudiannya mengalir ke? PTPTN. hehe....




p/s: aku pasti ramai yang akan tidak setuju dengan post aku nih. kalau baca sekali imbas seolah-olah aku nih extrimis dan sesat plak. hehe... kalau nak bantah pandangan nih, jangan lah guna bantahan typical erk. fahami dulu sebelum membalas. thank u~