Tuesday, June 30, 2009

Wanita Hari Ini

Attn: post ini kemungkinan besar akan mengundang ke majlis hari jadi saya....eh silap. akan mengundang kemarahan dan ketidak puas hatian terhadap diriku yang cute cam brad pitt nih. harap maklum. (da gitau nih.kalo marah gak tak mau layan)

Situasi 1

M: hye
Aidi Safuan: erk.hye
M: ......
Aidi Safuan: (diam tak reply)
M: .....
Aidi Safuan: aar.awat?
M: takde paper.sajer jer...
Aidi Safuan: owh...okess...
M: takperla. ko cam sombong jer skang neh.

aik???!!!!aku plak yang sombonk ke? pesal lak tetiber jer aku yang dikatakan sombonk walhal(walhal tuh.perkataan yang xde orang nak gune da skang neh) ko yang da kaco aku pastu tak nak cakap paper.hurm...



Situasi 2
Typing Maniac @ Facebook

Aidi Safuan: lorh,baru jadik viking nak gembira mendenyer...
L: sebuk je :p
Aidi Safuan: haha...gi la buat kerja.satgi saya call buat repot kat bos anda karang
L: dengki ar tue...
Aidi Safuan: tau takot.hehe...
L: hek ele.. cr gaduh lak pepagi yg indah ini..(teros offline)

uikks...adekah aku sedang carik gado-gado?eh silap.carik gaduh.gado-gado tuh mee jawa kan?ker kuih tah.da luper...okess da lari topik. ade kah aku sedang carik gaduh?alorhh...period ke aper da?<---alasan jawapan conventional kalo emosi tetiber.huhu...


Situasi 3

Aidi Safuan: eh, aku ensem dowh. tak cayer? tengok ar jam aku. jam brad pitt neh.
T: ah yerla ko. muker pecah rumah. bajet brad pitt la plak. taik ko!
Aidi Safuan: cess, at least diana danielle tuh cair ar gak kat aku neh(betol dowh.mesti korang tak cayer kan?).
T: ah ko!dan-dan jer. bajet aku cayer la sangatttt
Aidi Safuan: ekele, abes ko bajet ko hottt??? muker saing-saing johnny lever(rujuk pic di bawah). bajet ade jantan nak cair kat ko laks...
T: (majuk.pastu teros putus member)

ekele...anda yang bergurau kasar dulu, aku pown layan ar. ko tak tau plak azwan ali tuh idola aku?huhu...


hoho...tapi tak semua la wanita hari ini dalam dunia nih aneh sebegitu. ade jer yang cool dan rilek2 jer<--ayat cover padahal da cuak nih satgi sumer NGO wanita attack blog neh
tapi aper yang penting sekali,(bukan kerjasama. tak abes-abes. da muak la weih) tanpa lelaki,tiada la wanita.<--nak gak cakap lelaki dulu.boys rulez!yeah~

Michael Jackson & Farrah Fawcett

soalan manja-manja pembuka bicara post kita kali nih. aperkah persamaan antara mereka berdua?? jawapannya, mereka berdua da mati(meninggal dengan bahasa yang lebih ikhlasnya) pada jumaat lepas.

owh, aku tak mau nak bukak cerita pasal MJ neh.semua orang da cerita kat blog, facebook dan myfren(gabungan myspace dan frenster). da abis tribute to MJ da aku da baca. sumer abes touching+majuk dengan pemergian beliau.

abes tuh saper plak farrah fawcett nih? tetiber lak naek name dier ngan MJ. bajet fames lak. awat lak kisah dier yang da mati(again, meninggal) nih nak di sekalikan dengan MJ lak?? lepas 2 minit aku google maps pasal beliau neh, baru aku sedar...."owh, model playboy dahulu kala rupanya,".patot ar fames.


source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2009%2F6%2F26%2Fnation%2F20090626082443&sec=nation

Malaysian Typing Speedtest

49 perkataan

Speedtest



hebat tak aku mengeja?huhu...

Monday, June 29, 2009

Trauma

bangun pagi pukul 11 malam(kitaran hidup yang sungguh aneh), teros pergi toilet. still terkengkang lagi akibat tusukan doctor semalam. ubat yang disuruh abeskan dalam masa sebulan tuh aku baru nak bukak.haha..paranoid pada ubatan(alasan).sekali tengok dalam kotak.mak aih!!!ade 60 bijik ubat yang perlu di abeskan dalam masa sebulan nih. semuanya kerana period semalam!cisss!

mendapat panggilan daripada mashitah binti haris pada malam tadi. tapi pura-pura tidor sebab segan nak bagitau kena buasir kerana beliau adalah peminat setia shin chan. karang bagitau kang dier cuba meniru gaya shin chan kutok rakan-rakan nyer yang ade buasir lak kang. kali ke 4 baru nak angkat(sebab rasa bersalah tak angkat). beliau ajak keluar makan steamboat ari rabu depan. "owh, minggu depan tak bole la. saya puasa,"reply ku kepada beliau. owh, gler tipooo. tak tau la beliau percaya ker tak.haha...

masih tiada mood nak makan ubat walaupown still risau kot2 terkena period lagi skali nanti. perot da terasa sakit hendak melepaskan najis, tetapi aku terlalu trauma cam halle berry dalam citer gothic tuh. karang kalo aku berak kang menitis darah kang cuak lak.

setelah 20 minit menahan pemulasan perot nih, akhirnya aku mengalah jua pada takdir. sebijik-sebijik najis ku jatuh kedalam mangkok maggi yang aku duduk tuh. lega rasanya. pastu cuba-cuba la tengok dalam tuh(da jadik habit lak nak tengok dalam mangkok jamban lepas berak), ahhh lega kerana tiada lagi darah haid dalam jamban tuh.............okess, anda kena tipooo. sebenarnya ade lagi darah keluar. cilakak tol! pressure gler biler kena buasir nih.

Sunday, June 28, 2009

Ahhh!sakitnya disula...

Ini adalah kotak ubat.sekian terima kasih....

Kronologi Aidi Safuan mendapat kotak ubat:
  • 11.00 pm: Baru sampai rumah daripada kenduri
  • 11.15 pm: terasa sakit perot nak berak
  • 11.20 pm: tahan dulu berak neh.kasik kumpul lama-lama
  • 11.25 pm: da tak larat nak tahan. teros gi toilet melepaskan baja yang belom diproses
  • 11.35 pm: da lega. pastu cek kat dalam mangkok(bukan mangkok megi. mangkok tandas la...).
  • 11.35.15 pm: "aaarrrhhhhhhhh!!!! ade darah kat sisa toksik aku"
  • 11.36 pm: terasa nak buang lagi. tapi takot nanti darah lagi banyak
  • 11.40 pm: repot kat mak pasal tuh. dier kater," erh, ko period ker ari nih?haha...yerla2,jom pegi hospital"
  • 12.00 am: isi form semua.tunggu doctor panggil
  • 12.04 am: "aidi safuan!doktor panggil," kata nurse yang da tua tuh
  • 12.05 am: "yer,apa sakit?" dengan nada bangla. "eh,doctor nih bangla ker?ader paspot ker dier kat malaysia neh?"kata aku di dalam hati kerana takot nak tanya depan2.
  • 12.07 am: lepas stori semua kat doctor, dier suruh baring sambil bukak seluar kat dalam tuh."eh, takkan nak bogel kot kat situ dengan doktor.kang dia buat mende tak senonoh kat aku kang?".pastu baru aku teringat, da montot aku berdarah.mesti la nak check montot aku.takkan nak cek perot aku gemok ker tak pulak.
  • 12.10 am: doktor tersebut memasokkan sesuatu ke dalam jubor aku.adeih, geli+pedih pown ade. aku terbayang cam mana la porn actress yang maen jubor tuh bole tahan.siap gembira lagi aku tengok.(sori entry nih agak looocah sedikit)
  • 12.12 am: "hurm,kamu kena buasir nih,"kata doctor tuh dengan slanga banglanyer."owh, sheit!aku kena buasir!".pastu aku terbayang buasir yang slalu dikutok2 oleh shin chan kepada enchek nohara.siot!
  • 12.13 am: aku keluar daripada bilik pemeriksaan dengan keadaan tak selesa."apa kebenda yang doctor nih letak tadi?terkengkang aku nak jalan neh," kata aku bermonolog dalaman.
  • 12.14 am: sampai jer kat seat, aku terasa cam ade bende mengalir keluar kat buntut aku."ish,nih cecair aper plak nih?najis aku da jadik cair ker?adeih...,"kata ku didalam hati lagi.
  • 12.30 am: sampai kat rumah. teros gi bilik air nak check apekemende yang meleleh keluar daripada muntuk aku tadi.owh, naseb baek bukan najis.air jer.<--tapi tak tau air aper.huhu..

p/s: still jalan terkengkang-kengkang.sori guys, tak leh nak kuar ngan korang sehari dua nih okays

Aku pergi kenduri tahlil?cam tipooo jerk

aku bangun jer tido kol 9 tadi(9 malam yer), teros mak suruh siap-siap sebab ada kenduri tahlil kat rumah mak ngah aku.adeih,baru bangun nih!


*rutin harian hidupku telah berubah kerana sekarang nih time cuti semester.so, skarang ni aku adalah batman!

sampai jer kat rumah mak ngah, orang semua da nak start solat isya'.adeih, aku yang dengan pakai sexy nih memang tak dapat la nak berjemaah. pastu kena marah kejap dengan mak sebab tak nak follow diorang solat.huhu...abes jer solat, aku join la diorang baca yassin.(tu jer la yang termampu.hehe...).


macam biasa la, orang tengah baca yassin, pakcik-makcik yang bawak anak tuh konfem la main-main tyme tuh. duduk dekat sebelah aku lak tuh. terganggu mood aku nak baca yassin<--tipoo. after baca yassin, tibalah saat yang sering ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. segmen mari makan beramai-ramai la...aku baru jer nak bangun sekali tengok semua da serbu tempat makanan.cilakak!padahal aku yang paling dekat dengan table makanan tuh. siot jer!


da nak clear orang yang beratur tuh, baru la aku nak pegi amek makanan. tuh pown ade yang da start amek second round punya makanan lak tuh. cilakak! tengok-tengok, lauk pown da nak abes. siot tol. amek jerla sekadar yang tinggal. adeih...


da abes makan, lepak dengan cousin aku pulak. sesi pertama lepak dengan beliau adalah, sesi "bertanyakan saudara-mara yang aku tak kenal".huhu...aku nih memang jenis yang tak kenal sedara mara. so, memang ramai la orang yang datang tuh aku tak kenal. lepak dengan cousin aku tuh dapat la kenal sorang-dua sedara-mara tah sapa-sapa tuh.huhu...tuh pown skang nih da lupa balik da.(tak per laen kali bole ingat lagi.hehe...)



baca yassin sudah, makan sudah, lepak-lepak sudah, tetamu pown da tinggal sikit jer. tuan rumah pon cam bagi isyarat suruh berambus jer. aku pown cakap kat mak aku suruh balik. sampai jer kat pintu, "ekele, ni sape plak nih? time baca yassin tadi tak de pown." rupernyer wujud lagi dalam dunia nih golongan yang tau menghabiskan makanan kenduri jer.ish2...


Geng-geng yang muncul time sesi makan bermula

Geng makcik-makcik da bersedia nak ngumpat

Saturday, June 27, 2009

Shout! Awards


Title: Shout! Awards
Date: 17th July 2009
Venue: Stadium Putra Bukit Jalil
Time: 8.30 pm - 11.00 pm

Friday, June 26, 2009

Aiksss???!!!


Aiksss????!!!!!sapo plak jantan neh?tetiber jer letak gambar aku kat profile frenster dier. kenal pown tak.

Siap letak "i Love U sayang" plak tuh. macam sial la weih!

Thursday, June 25, 2009

Movie Review: Transformers: Revenge of the Fallen

Title: Transformes: Revenge of the Fallen


Review: Menceritakan tentang Autobots yang menghapuskan Decepticons yang berada di bumi. Tetapi oleh kerana kemusnahan yang besar sering terjadi semasa proses menghapuskan pihak Decepticons, kerajaan US telah menghalau Autobots daripada bumi. Decepticons berjaya mengutip lebihan serpihan All-Sparks(daripada Transformers) untuk menghidupkan kembali Megatron di dasar laut. The Fallen yang inginkan kuasa yang tersembunyi di 1 tempat di bumi adalah misi utama puak Decepticons. Berjayakah Autobots menghalang The Fallen?

Addition: grafik yang sangat menarik cam dalam Transformers jugak. Action yang lebih menarik dan jugak lebih funny. yang paling menarik, Optimus Prime akhirnya di bunuh oleh puak Decepticons.

Besday Celeb 2~

dengan tidak disangka-sangka, taun ni dua kali besday aku di celebrate.owh yeah! pagi tadi kol 11 nak carik tiket transformers 2: revenge of the fallen. akhirnya setelah 37 minit beratur, berjaya jugak dapatkan tiket kol 12 tengah hari. kesimpulan movie neh, memang sangat menarik dan berbaloi macam transformers dulu gak. lepas 2 jam setengah dok dalam teater, gi carik port makan. diz tyme, merasa la aku gi makan kat chili's. wooooho! total bayaran oleh rogek: RM200++

Starter

Makanan aku

2 orang makhluk yang teman aku ari neh

Muka bangga sebab di celebrate 2 kali taun neh

Wednesday, June 24, 2009

Besday Celeb~

Bertempat di Seoul Garden di One Utama, satu sambutan hari jadi untuk meraikan hari jadi aidi safuan yang ke 21 (dan maisarah yg ke 23) telah di anjurkan. penaja rasmi bagi majlis ini adalah tidak laen dan tidak bukan, Mashitah Binti Haris(name kasik bold sket sebab nak bodek sponsor). Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu telah tamat dengan jayanya pada pukul 10 malam(kedai kena tutup time tuh). Berikut adalah sedikit gambar kenangan pada majlis sambutan hari jadi Aidi Safuan(dan maisarah).

Muka comel sebelum makan

Muka bangga dapat baju baru

Sesi masak-memasak

mak aih...sampai jatuh ke lantai sayur nih.ish2...

Budak comel maner yang buat neh.ish2...

Muka kenyang lepas abeskan semua makanan kat kedai tuh

Happy Birthday Aidi Safuan

owh yeah!akhirnya umur 21 tahun da dicapai juga oleh Aidi Safuan Adha Bin Aripin pada 23 Jun 2009!(same besday ngan Jason Mraz beb!). di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang wish saya, Aidil Sufian, Aleng, greenGoat, Boroy, Boss Shah Alam, Paan, Farid, Gope, Kembar Hibri-Hadri, Ikhwan Bustan, Ilhami, Kush, Kak Liza, Kak Najmi, Maisarah, Maizurah Mat Rom, Miji, Miss Adlena Hany, Nizam, wan Shahrulfarh, Rina, Rogek Medusae, Subehi, Ruzanna, Saiful Othman, cik Bintang & Opah Rockensteiners, AinRox, Syafri Yusof, Hafiz, Ieja Zin, Shue Shie, Helwa Nudrah, Jenifer, Nana, Jiji Adore, Valerie, Ana Khamsah dan tidak luper adalah Mashitah Binti Haris(yang last paling penting.huhu..). kepada yang aku tak sebut nama, sori la geng! tengah ngantok nih tyme tulis post neh.hehe...

Tuesday, June 23, 2009

Original or Not?

last week, aku terrrrtengok majalah 3. tak sengaja pown nak tengok. tapi, topik malam tuh memang sangat menarik. iaitu tentang kelambakan barang-barang berjenama yang telah direplikakan. interesting topic sebab teros aku tak jadik nak ubah channel tv aku. dalam dokumentari tuh diceritakan tentang produk-produk berjenama yang popular tapi telah banyak diciplak dan dijual dengan harga yang sangat murah...

next slot, nurul syuhada(pengacara majalah 3) interview sorang staff kat jenama jam terkemuka, Tag Heuer. staff tuh menerangkan la perbezaan antara barang2 ciplak dan jugak barang2 original. antara perbandingan ketara(tanpa menggunakan scan computer) adalah produk, permukaan cermin, tali jam dan jugak jenama pada jam tersebut.

jadi, aku pown amek la inisiatif untuk cek jam yang aku beli dulu. first of all, cek produk tersebut btol kah ade dalam list production.

owh yeah! memang ade dikeluarkan oleh tag heuer. lepas ujian saringan 1

yang kedua plak, permukaan cermin. staff tersebut bagitau yang kalo tag heuer original permukaan jam adalah tidak rata dan melengkung keluar.

yeah! memang permukaan jam nih melengkung keluar.berjaya melepasi ujian saringan 2

yang ketiga plak,tali jam tag heuer tersebut. dimaklumkan bahawa tali jam tag heuer adalah kasar dan agak susah untuk dilenturkan berbanding jam replika. ini kerana jam replika menggunakan tali yang murah dan mudah dilentur.

yesss! lepas ujian saringan ke 3

yang terakhir plak adalah pembuka ikatan tali tersebut diletakkan logo tag heuer. logo tersebut adalah logo sebenar tag heuer beserta tulisan "tag heuer" di dalam nyer.

adoih!!!kantoi beli palsu punyer.huhu..xde tulisan la plak.ade logo jer.hehe....

huhu..akhirnya terbukti la jam aku tuh replika jer. tapi memang da agak pown memandangkan aku beli seratus lebih jer. aku pernah survey kat kedai tag heuer kat mid valley, jam tag heuer carrera edisi brad pitt(yang aku pakai skang nih) berharga
RM 3238.00
!!!!

huhu....memang konfem2 la aku lebih rela pakai yang replika.tak gitu?

p/s: tapi still berangan nak pakai yang original punyer 1 hari nanti

Sunday, June 21, 2009

Farm Town

Farm Town at Facebook

pernah main game farm town kat facebook? tumbuhan dan buahan kat farm saya da berhasil dan sudah diharvest. nak tengok buah2 yang ada?

Tempat Simpanan Buah yang telah diharvest

Baru punggah separuh.penat~

Anugerah Perkhidmatan Setia TNB


ouh...bukan aku penerimanya.tapi abahku.hehe...bertempat di Hotel Legends kat sebelah PWTC pada 19-21 jun 2009. so, itulah sebabnyer aku tak dapat nak update blog pada tarikh neh.huhu...

The Legend Hotel di waktu malam

Bilik 1222 (tingkat 12)

aku check in 19hb tengah malam.tuh pown sebab parent aku kater buhsan dok berdua kat hotel tuh.(kalo tak tak invite pown aku.sob2...). sampai2 jer da tensen. bilik aku tuh xde bell.gler aneh aku. nak masok kena ketok pintu.haha...2nd tensen, plug kat bilik tuh xleh nak guna. cett...da la ade 1 jer plug, memang aku x bukak la peti ais kat situh.3rd tensen, tv kat bilik tuh die gantong kat atas.ekele, gler letih tengkuk aku nak tgk tv. malm kedua plak aku ade beli meggi, skali baru teringat plug xleh guna. pastu aku dengan machonyer gi masak air kat depan lift.cantekk! memang macho ar.huhu...biler malam lak time nak tido tak lena siot!!gler sejuk air cond dier walaopon aku da set paling lowest skali.

amek gambar kat lift sebab kesejukan tak leh tido


amek gambar kat tingkat paling atas sekali

tapi dok hotel tuh takde buat pape sangat pown. aktiviti pown takde paper walaupon 3 hari 2 malam.kosong sungguh jadual inih.buhsan gak ar...malam ari kedua baru aku dapat dinner sebab tnb provide makan ngan penginapan untuk 2 orang jer sebenarnyer.huhu...adeih, makanan xder la sedap sangat kat hotel legends nih. tapi ari sabtu aku tengok budak2 UCSI(universiti college sedaya international) ade buat prom nite kat situh.tak tau la diorang makan besh ker tak.huhu...

Dinner 2nd day(nih jer sempat amek sebab lepas tuh camera abes bateri)

hari terakhir, aku gi lepak kat swimming pool kat situ lepas breakfast. menarik la sebab ade open jacuzy kat tepi tuh. aku cuber la turun kat tangga swimming pool tuh, sekali aku turun teros tenggelam. ruper2nyer swimming pool tuh 10 feet siot dalam dier!!!siot. patot la orang tak ramai nak mandi.ish2...da abes tuh aku gi kat shower room dier. ruper2nyer ade sauna kat dalam tuh. tapi orang tak berapa perasaan sebab macam stor lak kalo tengok sekali imbas. staf kat situ plak buat tempat tuh jadik pengering towel.haha...

Breakfast

Restaurant tempat breakfast

Swimming Pool

Sauna

Jacuzy

Friday, June 19, 2009

Saja buhsan2...

Sendayu Tinggi = Beer?

AW: hujung minggu neh gua pegi sendayu tinggi nyer company. teman bini gua amek barang kat situ

Aidi Safuan: owh, bini ko slalu beli bende tuh ker?

AW: xde la.beser2 jer......AN, ko tau tak sendayu tinggi tuh aper? kat tempat ko(sabah) tak de kan?

AN: Sendayu tinggi? owh, yang beer tuh kan?

AW & Aidi Safuan: kepala hotak ko! wakakakkakaka.....


p/s: sendayu tinggi adalah produk kesihatan dan bukan beer(arak) seperti yang dinyatakan.



Ubat Gempa Bumi

Penjual Ubat: Adik, abang, akak, makcik, pakcik! mai sini beli ubat nih. ubat spesial nih. saya ade rahsia besar neh. satgi dalam 15 minit lagi kat KL nih ade gempa bumi. sumpah tak tipoo! tapiiii, kalo anda sumer nak selamat, beli la ubat neh. konfem tak rase gempa bumi tersebut!

Aidi Safuan: (dalam hati) erh, biar betol orang tua neh. muker da macam penyamun da aku tengok. cam ngenceng jer.

Aidi Safuan: pakcik! biar betik ade gempa bumi kat KL nih. agak2 ar nak kenceng sume orang

Penjual Ubat: betol adik. kalo tak caya, try ar dulu. karang da gempa bumi ko tau ar

Tetiber, ramai orang beli ubat tuh. Aidi Safuan tengok jer la....

Lepas 30 minit,

Brader mane tah: aper nih pakcik, tak de gempa bumi pown. tipooo kitorang ke nih?c

Penjual Ubat: lorh, da korang makan ubat tuh. tuh yang korang tak rase tuh.hihi(sambil cube melarikan diri tapi berjaya dibelasah orang ramai 3 minit selepas itu)

Wednesday, June 17, 2009

Kegilaan Terbaru

okess..baru2 nih yakni bermula jer cuti sem aku, aku da ade kegilaan terbaru.huhu...tak tau anda semua pernah tengok mende nih ke tak, tapi kegilaan terbaru aku tuh bernama

Restaurant City!


dan sejak aku bergiat dalam game nih(yang ada kat facebook aku), da berapa malam da aku tak tido.hahaha...memandangkan malam aku da jadik siang skang neh, memang sesuai la aku layan game nih lame2 sebab takde sape yang kaco aku online malam2.hehehe....jadik kepada sape2 yang ade facebuk, cuber la game neh.hehehe...

Tuesday, June 16, 2009

Kecewa

ouhh...selama beberapa hari nih aku stop blogging for a while adalah kerana sangat kecewa.kekecewaan melanda diriku inih disebabkan oleh kejatuhan result aku secara mendadak pada sem inih.cilakak btol.adeh...

Gambaran perasaan ku dikala tengok result


sem nih gua punyer GPA below 3.50 la....adeih....sedey btol hidop nih.tapi CGPA still 3.6 la.sob2...huhu..so, terpaksa la tak leh nak maen2 lagi sem depan.full throttle stadi start now!!!!

Thursday, June 11, 2009

Public Phone di Stadium

percayakah anda apabila saya katakan bahawa ada telefon awam di dalam stadium bola sepak????maksud saya di tengah2 padang bola di stadium bola sepak.konfem ar tak cayer kan?mane mungkin ade public phone kat tengah2 padang bola.tapi tu lah kenyataannya.tak cayer gak??tengok pic nih...


yang dalam bulatan merah tuh la public phone tuh.kalo tak nampak sile klik pada image.pelik kan???tapi itulah kebenarannya. aku pown baru tau malam tadi. stadium nih ade kat brazil. aper tah nama dier, aku luper da.huhu...


p/s: i wonder apa kah kegunaan public phone kat tengah2 padang bola sepak tuh.hehe....

Tawaran Kerja Online

well, recently aku ade dapat emel daripada anonymous yang bagitau pasal kerja part tyme sebagai jurutaip. pernah dapat gak dulu emel camnih tapi tyme tuh tengah kaya. so buat-buat tak tau jerla pasal emel2 cengginih..so sekarang nih da takde duit, cuber2 la gak nak carik kerja yang mendatangkan duit neh....

emel tersebut berbunyik camneh....

JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)

Sahabat Sekalian,

Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????

Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.

Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.

Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.

Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!

Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:

1- Klik button reply pada email anda

Pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com

Cc: (shaza_dania@yahoo.com.my)

2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini

(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)

3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.

Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.

Terima kasih.

# Sila reply email ini berminat atau tidak berminat



pernah dapat emel camnih???mostly anda sumer penah dapat kowt....dan aku pown try la reply emel nih cakap berminat.hasilnya????nih emel yang dier reply......

SEPATAH KATA DARI PENAJA

Terima Kasih Di Atas Perhatian Anda!

Salam Sejahtera,

Hi, Saya Norhazlin, Penaja Pekerjaan Menaip Dirumah, dengan ini ingin mengalu-alukan minat saudara/i untuk menyertai program kami.

Untuk makluman anda, program ini beroperasi dibawah kendalian Syarikat Autumn Paradise Sdn Bhd (734093-W), beribu pejabat di No 33-C Aman Puri, 52100 Kepong , MALAYSIA .

Mula ditubuhkan pada tahun 2006,syarikat ini telah berkembang dan telah menawarkan pekerjaan kepada lebih 2,500 orang ahli. Operasi syarikat kami banyak tertumpu kepada khidmat pengurusan kerja-kerja pejabat secara online dan juga offline.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat dimana mereka tidak lagi perlu menggaji pekerja sebaliknya hanya perlu mengupah kami untuk melakukan kesemua kerja-kerja menaip dan urusan pejabat bagi pihak mereka.

Secara tidak langsung mereka bebas dari tanggung jawab untuk menjaga kebajikan pekerja seperti membayar wang KWSP, tuntuan kerja lebih masa, cuti dan sebagainya. Apa yang mereka tahu kerja akan disiapkan oleh kami pada masa yang telah ditetapkan.

Dengan ini juga, mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha-usaha untuk mengembangkan lagi pasaran dan meneroka peluang-peluang perniagaan yang sedia ada di dalam negeri mahupun diluar negara.

Berkembangnya perniagaan mereka, maka bermakna lebih banyak pekerjaanya yang kami terpaksa lakukan. Dari itu, pertolongan dari saudara/i amatlah diperlukan.

Maklumat lanjut berkenaan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan ini, adalah seperti di TAWARAN KERJA MENAIP yang disertakan bersama-sama di bawah ini.

Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi memerlukan penjelasan lanjut,setelah membaca TAWARAN KERJA MENAIP ini,anda juga dipelawa untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan kepada saya di alamat email: fast_advertise@yahoo.com

Sekian, Terima kasih.

Selamat Bekerja & Untung Bersama.

Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

EMAIL: fast_advertise@yahoo.com

TAWARAN KERJA MENAIP

Pemohon Sekalian,

Terima kasih kerana memohon.

Dengan bangganya, kami ingin memaklumkan bahawa, permohonan anda untuk bekerja dan seterusnya mendapat bayaran dari kami adalah dengan ini DITERIMA.

TAHNIAH!!!

Anda akan dibayar berdasarkan pekerjaan yang anda lakukan untuk kami seperti:

1- Menghantar email iklan bagi pihak kami

2- Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan

3- Menaip Invoice, Surat menyurat,dan sebarang kerja-kerja menaip syarikat.

4- Melayari internet Untuk kami dan mendapat bayaran

5- Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda

Kerja-kerja ini yang 99% adalah berdasarkan kerja MENAIP,adalah mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Selain itu, kami juga menawarkan latihan & tunjuk ajar secara on-line bagi mereka yang memerlukan, dan ia adalah PERCUMA. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dibidang IT dan Internet.

BERAPA BANYAK BAYARAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI???

Itu semua terpulang kepada anda. Jika anda rajin dan berdedikasi, pulangan sebanyak USD1000 atau RM3,800 sebulan/mingguan/harian tidak menjadi masalah.

Untuk Proses Pembayaran, kami akan melakukannya pada setiap 7th hb setiap bulan ke akaun bank anda. Butiran lanjut mengenai akaun bank anda akan kami minta sebelum anda memulakan tugasan nanti.

Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dengan akaun bank luar pesisir melalui internet seperti Paypal, Stormpay dan sebagainya, untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan anda

Kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, peluang kenaikan pangkat kepada Penyelia (Supervisor), Pengurus dan sebagainya juga ada disediakan.

Program Kerja Menaip yang kami sediakan ini pada dasarnya adalah percuma, tetapi disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh, maka pihak pengurusan syarikat sepakat utk memperkenalkan Konsep deposit wang Cagaran (refundable deposit) kepada semua bakal pekerja baru.

Melalui konsep ini setiap peserta yang benar-benar berminat, dikehendaki untuk membuat bayaran deposit wang Cagaran (refundable deposit) sebanyak USD20.00 atau RM50.00 dimana wang yg dibayar ini akan dipulangkan balik kepada anda sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100. Jumlah ini bolehlah dianggap kecil jika dibandingkan dengan perolehan bulanan anda nanti yg boleh mencecah sehingga RM3,800 sebulan.

Kami percaya melalui tugasan pertama sahaja anda sudah mampu untuk mencapai had minima yg ditetapkan ini dan seterusnya memperolehi kembali wang cagaran beserta pendapatan bulanan anda itu nanti.

Diharap anda memahami kedudukan kami yang terpaksa melayan ratusan pelanggan setiap hari.

Dari itu, hanya mereka yang berminat, dan mempunyai keinginan yang tinggi SAHAJA akan diberi TUGASAN ini.

Jadi Buktikanlah kesungguhan anda dalam menerima pekerjaan ini.

HARUS DIINGAT JUGA!!! TAWARAN KERJA MENAIP INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 3 HARI SAHAJA, BERMULA DARI TARIKH SURAT INI DIHANTAR, KEPADA ANDA.

Kami menanti pengesahan dari anda.

Terima kasih

Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

Nota: Jika masih tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan, saya ingin mempelawa anda, untuk mengikuti – “Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQs) Oleh Pemohon-pemohon yang lalu dibawah ini.

BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN DEPOSIT WANG CAGARAN (REFUNDABLE DEPOSIT)?

1- Jika anda berada di Malaysia , Brunei , Singapura dan Filipina, Anda boleh melakukan pembayaran terus ke akaun seperti dibawah ini:

BANK : MAYBANK

ACCOUNT NO: 562553402447

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00

atau

BANK : CIMB

ACCOUNT NO: 14060540697526

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00

SETELAH ANDA MENYELESAIKAN PEMBAYARAN DIATAS, SILA EMAILKAN KEPADA SAYA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT SECEPAT YANG MUNGKIN:

1- Tempat bayaran dibuat

2- Tarikh dan masa bayaran dibuat

3- NO RESIT ATAU NO REFERENCE PEMBAYARAN

Selain itu, sila simpan slip pembayaran utk tujuan pengesahan kelak (jika diperlukan)

SETERUSNYA SAYA AKAN MENYEDIAKAN TUGASAN/KERJA MENAIP UNTUK ANDA LAKUKAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN SETELAH MENGESAHKAN PEMBAYARAN BERKENAAN DIBUAT DAN ANDA JUGA BOLEH MEMULAKAN KERJA PADA HARI YANG SAMA.

Terima Kasih.





huhu....aperkah pendapat anda???

Tuesday, June 9, 2009

Mode: Insaf Seketika

murid2 sekalian, untuk post kali neh mari lah kita insaf seketika yer.

ouh...untuk sekalian kalinya aku kembali jadik baek(skejap). da lama jadik setan, buhsan la plak. sekarang nak jadik baek la plak.huhu...

actually result da nak kuar minggu neh. tuh yang alim semacam jer aku skarang neh.huhu...takde lah, ade sebab laen gak sebenarnya. ceritanya bermula begini. petang tadi aku nak pergi beli air jambu kesukaan aku tiap2 kali aku balik daripada kelas. da lame tak pergi(sebab da lame takde klas), so aku pegi la nak puaskan nafsu air jambu yang da lame pendam neh. sampai jer kat kdai tuh, brader tuh cam da paham2 la plak. teros siapkan air bungkus aku. dan besernyer aku dapat diskaun kat kedai tuh. tuh yang rajin pegi jauh2 tuh.haha....tyme brader tuh tengah siap bungkuskan air aku, tetiber lak ujan lebat melanda aku. adoiyai! abes jer aku bayar, makin lebat la plak. kuar daripada gerai tuh ade trafic lite. tengah merah lak tuh. oleh sebab tengah pedih kena ujan(sebab aku tak pakai helmet.huhu..), aku tros langgar lampu merah tuh(bukan langgar tiang lampu tuh!), baru separuh jalan aku langgar lampu merah, da jadik ijau.cesss!tak reti menyabar btol aku neh.huhu....

sampai dkat bulatan dekat umah aku(refer map di bawah), perasan ade sebijik motor yang ada dua orang kat atas dier. penunggang = lelaki. pembonceng = wanita. aku potong la dengan gaya nak cepat nak balik sebab hujan dan sakit muker kena ujan sebab tak pakai helmet. akhirnya aku berjaya gak potong diorang sebab aku lagi ensem daripada laki tuh(takde kaitan). lepas jer aku potong dengan muke bangga nyer aku cuber la tengok diorang melalui cermin pandang belakang aka side mirror, tengok2 diorang da tergolek. mak aih! agak seram gak ar aku tengok tuh padahal baru jer kejap aku bersaing ngan diorang. ish2...sian, tapi aku xleh nak tolong. takde payung la beb. sori ek...lagipown kang air jambu aku cair plak. so aku hanya dapat mendoakan anda berdua cepat sembuh la ek.


Monday, June 8, 2009

Majlis Perkahwinan kak Zura & abg Nas

(post ini akan memfokuskan tentang perjalanan saya sepanjan hari perkahwinan norazura dan nasri)

ahad, 7 jun 2009, aku berjaya bangun pada pukul 6.40 pagi.(give a big clap to me.owh yeah!).janji ngan team konvoi kush-gope-boroy-eiwock-zul pada pukul 10 pagi nak kena sampai uniten. janji ngan rogek nak sarapan kat rumah dier pukul 9 pagi. berjanji ngan mashitah binti haris nak amek present pukul 8.30 pagi. so, lepas bangun pada pagi tuh. teros mandi dan buat air kejap sampai nak tunggu kol 8 pagi. tengok tv sampai tak sedar dah pukul 8.30 pagi pastuh gelabah tak hengat dunia sambil merempit gi ambek present. pastu teros merempit kembali ke rumah rogek dan breakfast secepat mungkin memandangkan da pukul 9.30 pagi tyme tuh.

sampai kat uniten pukul 9.55 pagi. ketuk pintu rumah kush, dengan sexy nyer beliau tak pakai baju dan hanya bertuala dan tak mandi lagi menjemput kami masok. gope dan laen2 pown tak sampai lagi. hampeh! janji haprak la korang neh. kol 10 lebey call boroy yang ade kat cendi tanya da siap ke blom. rupernya baru nak bangun. pastu sempat post status kat facebuk lagi plak tuh. hampeh lagi!

da sampai umah zura, baru jumpe kanopi pertama da melalui pemandangan yang agak menakutkan. kipas gantung kat kanopi tuh ade 2 bilah jer! gler menakutkan. save bajet ker aper diorang neh.haha...sampai kat table makan, jumper dengan zulhazran dan andok beserta isteri beliau. pastu kitorang masok dalam rumah pengantin nak tengok pengantin dan barang hantaran.

masok je kat rumah nampak zura tengah berposing kat dalam rumah. pastu nampak ade budak kecik tengah terjongket2 nak amek gambar zura. ingatkan sape tadi, rupernyer shahmi.huhu...sowi shahmi tak perasan ko tyme tuh. kecik comel sangat. cek barang hantaran plak. dengan kehebatan aku, aku berjaya merembat sebijik ferrero roshe yang ada dalam barang hantaran tersebut.haha! misi berjaya!

pegi meja makan plak, standard ar menu makanan orang kawen. nak citer ape lagi. lepas table makanan tuh, ade budak2 kecik jage goodies bag. ade lolipop kat situ. tapi budak2 tuh taknak kasik kat aku plak.cilakak!kedekut! takper, nanti aku kawen aku kasik sumer orang lolipop sebab aku tak kedekut.huhu....tyme kat meja makan plak, ade la sorang senior nih sebok je tanya pasal pasangan2 kitorang yang tak dapat datang. sebok lak tanya pasal orang laen. tau la awak tuh single lagi.huhu...(orang yang dimaksudkan tuh adalah boroy la.sape lagi yang single kat situ.hahaha....sori boroy tersebut nama ko).

kol 2 petang, diorang sume da nak gerak. tapi pengantin laki tak jumpe lagi. rupernyer diorang bersiap kat umah laen(kire cam bilik gerakan la tuh). pegi kat situ jap jumpe pengantin lelaki. pastu follow dier ke umah pengantin. tema pengantin lelaki adalah warna ungu. aku dengan selambanya bole lak jalan kat dalam rombongan pengantin laki. pakai baju itam lak tuh. dak2 yang laen sume jalan kat tepi jer. aku pown tak perasan tyme tuh. ade la sorang makcik nih(da nak nenek da kowt) senyum2 dan sengih kat aku.kuat lak tuh. aku ingatkan sebab aku tumpang payung dier(panas tuh tyme tuh). rupernye aku da sala masok geng. baru aku terdengar diorang berkecek kelantan pastuh. adoih...malu siot!cabut ar.makcik tuh gelak2 lagi walaupon aku da blah.cetttt....

da balik sampai rumah, aku mengalami peristiwa yang cukup malang skali. sekali kena cirit birit la plak....siot! 1 malam aku takleh tido. asek nak terberak jer.cilakak!


p/s: segala gambar akan di upload kemudian~

Sunday, June 7, 2009

Persoalan tentang hukum

assalamualaikum<--pergh..gler baek.berubah gak aku akhirnye.aku sendiri terkejut.huhu....

memandangkan tajuk pown pasal hukum(hukum islam secara lebih tepatnya), actually aku tak tau sangat pasal hukum hakam kes2 aneh nih.so aku berharap la ade orang akan reply untuk bantu aku jawabkan persoalan neh....

kes ini diceritakan sendiri oleh salah seorang keluarga rapat saya yang menghubungi saya baru-baru ini(amboih,macam kes dalam mahkamah syariah la plak). ade la sorang cousin aku yang kechik lagi neh. dier citer kat aku pasal dak2 kelas dier.untuk hari guru yang lepas, ketua darjah nih ade belikan hadiah untuk lecturer cikgu dier. abes jer sambutan hari guru tersebut, ketua darjah pown mengumpulkan semua murid kelas tersebut dan memintak duit sebanyak RM 1.50 seorang daripada murid kelas tersebut sebagai bayaran hadiah yang telah beliau serahkan kepada guru tersebut.

persoalannya: apakah hukum untuk murid kelas tersebut membayar wang tersebut sedangkan murid2 kelas tersebut langsung tidak tahu menahu tentang hadiah tersebut? memang la RM1.50 pown takyah nak kecoh2, tapi memandangkan murid2 kelas tersebut tidak mengetahu keadaan atau bentuk atau rupa hadiah tersebut dan juga hanya mengetahuinya setelah hadiah tersebut telah diserahkan kepada guru itu. tuh pown ingatkan ketua darjah tersebut nak kasik personal present, last2 kongsi jer rupenyer.hehe....jawab2~~~

sekadar gambar hiasan~

Saturday, June 6, 2009

Megan Fox adalah sorang lelaki?owh tidak~

Megan Fox sebenarnya adalah sorang lelaki?????Oh My God!!!!!gler horror bler aku bace berita nih. habis musnah punah semua mimpi-mimpi indah sebelum ini.agak menyeramkan jugak kerana beliau pernah digosipkan ngan aku beberapa bulan lepas. ramai lelaki-lelaki di dunia ini jugak yang telah mengalami sindrom muntah darah bila berita ini disebarkan.

“I look like Alan Alda in drag. I’m a tranny. I’m a man.”
source: http://weeklyworldnews.com/celebs/4783/megan-fox-is-a-man/

"I am pretty sure I am a doppelganger for Alan Alda. I'm a transvestite. I'm a man. I'm so painfully insecure. I'm on the verge of vomiting now. I am so horrified that I am here, and embarrassed. I'm scared."
source: http://www.mtv.co.uk/artists/megan-fox/news/90994-megan-fox-a-man



p/s: tumpuan ku kini teralih kepada miley cyrus.harap2 miley cyrus adalah gadis sebenar.sob2....

Sikap malas + AdSense

okess...kalo korang baru perasan, blog aku cam da laen sket la dari segi layout dier.(layout takde beza mane pown,juz add some gadget jer). aku da tambah sume link website yang aku slalu open kat blog aku neh. sebabnya??sebab aku kadang2 clean cache ngan cookies(bukan cookies biskut tuh.cookies kat web aku neh la) yang da penoh sampai slow da untuk open tenet.hehe...so, bler da clean sumernyer, kadang2 amek masa lama untuk aku search balik web yang aku nak bukak walaupon aku slalu open cam website onemanga.com tuh.hehee...so senang citer nak kasik aku yang serba pemalas nih senang kerja, aku letak segala link dan pic(sajer kasik happening sket blog aku neh) kat tepi tuh untuk memudahkan kerja aku(kalo korang nak senang pown bole gak.hehehe....)

then, yang terbaru aku baru letak adalah AdSense. aku actually tak tau dan tak percaya pown pasal mende2 adsense nih.besernyer memang xjadik pown(da slalu kena.huhu...).tapi kunun2 aku cayer la kan,aku letak jerla.nak kasik meriah pown ade gak.hehehe...so, enjoy~

Wednesday, June 3, 2009

Kisah si tua dan salesman

Kisah ini terjadi baru jer kejap tadi pada pukul 3.04 petang semasa aku tengah tunggu air mendidih untuk aku masak meggi.

Salesman: Assalamualaikum

Aidi-Safuan: waalaikumussalam

Salesman: Hai abang. nak tanya sket bole?

Aidi-Safuan: yer.bole2...

Salesman: Akak ader?

Aidi-Safuan: akak?mmm...mak takder la bang

Salesman: ouhh...akak takder ek?takper la abang. baru nak kasik promotion pasal menjahit nih.




persoalannya: aperkah niat salesman tuh(yang bermuker ganaz dan ade parut kecik atas kening serta berkepala botak) tuh tanya akak ade ker tak????adakah lepas dier tengok aku, then dier sangka aku nih da berkeluarga aka da tua????cilakak punyer salesman!aku mude lagi la siot!berani dier nak cakap aku nih da tua.dem it!!!kalo aku da ade "akak", xde la aku terkontang-kanting tengah masak megi nih samdol!(masak megi pown terkontang-kanting ker?haha....)



mood: kecewa dianggap sudah berkeluarga aka da tua kertu