Tuesday, July 28, 2009

hipokrit atau laser?

which 1 do u prefer?

cakap belakang-blakang dan digelar hipokrit
atau
cakap depan-depan dan digelar cakap lepas/mulut laser.


haha...beser kalau orang cerita2 kat blakang kita, mesti kita marah dan slalu cakap,"setakat cakap blakang boleh la! meh la cakap sendiri kat aku kalo gah sangat,". tapi biler ade orang sound berhadapan, pasti kita akan mara dan cakap,"pergh, mulut tak reti nak jaga ker? laser siot!,"

ade jugak orang yang memilih penyelesaian dengan menggabungkan kedua-dua teknik ni. contohnyer, tulis macam-macam kat atas kertas, pastu anta dengan menggunakan nick name tah sapa2 tah.hoho... selamat! sungguh berkesan. huhu...

ade orang lain cakap plak, cakap jerla depan2, tapi ayat tuh cover2 la sket. mungkin cara nih berkesan. tapi ia bergantung kepada beberapa sebab. contohnyer. kalo da tensen+marah, ade mood lagi ker orang yang nak tegur depan-depan secara berhemah?huhu...sebab lain plak, saper la yang nak dengar teguran yang disampaikan secara lemah lembut dan sopan???kalo dengar pown tak lame la. 3 minit baru nasihat, konfem da luper da aper yang dinasihatkan. cuber kalo diberi carutan dan amukan, konfem ingat sampai tua nyer.huhu....

jadi? anda tentukan.hehe....

Kronisme

(post kali neh konfem akan mengundang kemarahan certain pihak. tensen? teraser? takyah bace)

hidup ini perlukan kronisme. kalo tak, konfem anda susah nak idop. xcayer? aku da pernah lalui nyer. banyak kali plak tuh. tapi still aku tak mengamalkan kronisme. sebab aper? becoz it is bullsheit. anda meletakkan seseorang tuh di suatu tempat yang dier tak layak diduduki.

aku da pernah kena banyak kali, first time kena semasa aku patotnyer dinaikkan jadik ketua biro aper tah time tuh untuk 1 club belia neh(nama dirahsiakan.hint: club agama). da siap janji tuh. orang yang janjikan tuh plak siap cakap, "da xde orang laen yang lagi layak selaen ko neh aidi,". sekali time mesyuarat agung tahunan untuk pemilihan ketua-ketua biro, tau2 dapat kat orang laen. yang peliknyer, siap cakap sistem voting x dibuat sebab tak cukup nominees tuh. da kalo nominees tak cukup aku konfem naek pangkat la.apa da....huhu...

kali kedua, jadik kat aku gak. kelab belia gak, tapi bukan kelab yang sama. bayangkan diri anda sebagai sorang yang dikenali sebab abes-abesan membantu kelab belia neh. sumer orang da kenal anda neh. prestasi anda pown cukup bagus kaw2 nyer. pastu pesaing anda plak adalah orang yang baru join kelab belia sebulan lepas. datang majlis pown sekali jer baru. tapi semasa sesi pengundian dijalankan, yang mana time tuh anda dapati pengundi2 adalah semua kenal anda dan prestasi anda, tapi result vote menunjukkan anda kalah terok. okey, jawapan anda pasti,"ala, xde rezeki la tuh.saba jerla,". huhu...lets face the truth la. kalo orang yang anda tak kenal/kenal camtuh2 jer dengan orang yang anda da lame knal pastu tau beliau ada good reputation, which one would u vote????

next story, happen to my fren. untuk sesi pengundian gak. yang nih lagi ebat la. 1 dewan kenal beliau. 1 dewan respek beliau. good personaliti, hot, prestasi sangat-sangat mantap, dan well-known. compare ngan sorang kawan tegor-hye-pastu-blah aku neh, yang da bertahun menghilangkan diri daripada terlibat dalam majlis, 1 dewan tak kenal beliau sebab muker da lama x nampak kat majlis, tetapi bole mengalahkan my fren tadi tuh. nak lagi ajaib???result shown 3/4 orang dalam dewan vote for fren tegor-hye-pastu-blah nih. vote untuk kawan aku tadi tuh nak tau berapa? kosong vote... again, no luck untuk beliau. unfortunately, aku dapat tau akhirnya yang vote sebenar adalah berlawanan. abes camne result jadik camtuh?haha...no comment~

kesimpulannyer, nak idop senang??join la mana2 kronisme. jadilah kroni sape2. konfem idop anda rilex jer. tak nak join kronisme??jadik la macam saya. lambat giler nak berjaya. sebab kronisme adalah segalanya. anda susah? xper,kroni anda akan bantu anda. anda nak something? selagi kroni anda ada, anda pasti dapat. anda carik pasal dengan orang laen? xdehal la. kroni anda akan backup anda. hurm....

Monday, July 27, 2009

RIP Alexis Cohen(American Idol)

American Idol Season 8 Contestant Alexis Cohen of Allentown PA dies in car accident. It was reported that Alexis Cohen has been struck and killed by a car in a New Jersey shore town.

Cohen was found lying outside around 4 a.m. by two passersby who called 911, Deputy Chief Michael Mohel said. She was taken to Community Medical Center in Toms River, N.J., where she was pronounced dead around 6:35 a.m.

An autopsy was scheduled for today.

Alexis Cohen, also known as Glitter Girl, auditioned for seasons seven and eight of American Idol. She sang Jefferson Airplane’s “Somebody to Love.” Judges Simon Cowell, Paula Abdul and Randy Jackson were not impressed, and rejected the singer’s attempt to move on in the competition.

source: http://www.pinayads.com/2009/07/american-idol-season-8-contestant-alexis-cohen-dead/

Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah: Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad meninggal dunia

26/07/2009 12:39am

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama


source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Money in the bank

post keji kini kembali. post kali ini akan menceritakan tentang penemuan duit di suatu lokasi khas yang terpaksa dirahsiakan...

penemuan bermula apabila aku ingin ke tandas setelah 15 minit menahan untuk membuang air secara kecil-kecilan. setibanya aku ke dalam toilet itu, aku teros melondehkan seluar dan............(sila isi sendiri. takkan tuh pown nak gitaw kowt). "ahhhh....lega," kataku dalam hati kerana segan nak jerit kuat2. baru nak flush, tetiber ternampak ade seketul mende kaler itam dalam mangkok megi tuh.....eh eh,bukan mangkok megi. mangkok jamban ler. lama-kelamaan aku perhatikan, semakin jelas di penglihatanku yang itu adalah wang! ya, wang tunai cash ringgit malaysia. aku perhatikan sekali lagi kerana warna nyer yang agak berlainan kerana pembiasan warna oleh urine aku.(FYI; urine = air kenceng la!). ya! itu memang wang!

selepas sejenak aku pikir(tipu), teros aku ambil keputusan untuk ambil wang itu tanpa flush terlebih dulu. kang da flush kang sekali duit tuh pown terflush plak kang.huhu...hanya dengan sekali jurus tumbukan jenjang(nama jurus baru reka tadi), aku teros dapat mencapai wang tuh. tahniah kepada diriku sambil tanganku meleleh mengalirkan air dot dot dot yang dikeluarkan aku sebentar tadi. baru nak keluar daripada toilet, baru teringat yang aku belom cuci tangan ku yang telah bercampur najis tadi.huhu....

sekian sahaja cerita bertajuk "money in the bank" ini. owh,terluper plak nak bagitau. duit tuh adalah wang tunai malaysia bernilai 10 sen yang dilahirkan pada 1988. sekian~

Saturday, July 25, 2009

Facebook Advertisement

mari kita lihat orang yang telah turun ke bumi. menetap kat US lak tuh skang neh.huhu...pic ini telah dijumpai di facebook malam ini. lihatlah~~~~



Friday, July 24, 2009

Malam Ramah Mesra PRS 09

yeah, 1st of all nak ucapkan tahniah kepada zulkhairie aka partner in crime time aku adalah myrakan 1st generation dulu. walaupon aku tengok zul da cuak gler sebab awal2 tuh ade berapa kerat jer yang datang.hahahahahhahahaa....

thanx jugak kepada committee anda yang sebut nama saya sebagai 1 of sponsors dalam Malam Ramah Mesra(MRM) semalam tuh. terharu sesangat sebab 1 dewan lihat muka gua yang hot ini.hahahahah....

terima kasih dan tahniah kepada ilhami yang blanjer kek pada bufday nyer yang ke 20 semalam walaupon bak kata ameer firdaus, "buat surprise party untuk diri sendiri ker?". hahahahaha....

owh, berita gembira da tamat yer. mari kita bercerita tentang berita panazzzzzz dan sadis pula. mari kita imbas kembali tentang not RM 50 terbaru yang aku baru dapat dalam post lepas. walaupon aku baru dapat not tuh, tetapi adalah seorang pembuli ini telah merampas wang itu dan tanpa segan silu dan malu nyer dengan buat-buat lupa teros balik tanpa pulangkan duit tuh semula. hasilnya?????aku balik daripada Uniten Bangi hingga ke rumah ku di Keramat dengan menolak motor aku. tahniah!!!!!! disebabkan anda, saya menolak motor dengan jayanya semalam. disebabkan GURAUAN KASAR anda yang tah hapa hapa tuh, saya jadik mangsa. kalau nak bawak lawak anda nih masok raja lawak, konfem zaibo halau anda balik pada masa itu juga. dan yang paling menarik sekali adalah, sehingga kini anda tak contact saya pown untuk beritahu keadaan wang kesayangan saya tuh. yer, wang kesayangan saya okesss. yang sepatotnyer aku guna untuk beli minyak motor untuk balik tuh.

owh, next story plak berkaitan dengan diri aku nih. yer, aku tau aku hina+bodoh+sengal+samdol+mangkok hayun sebab tak mampu nak abeskan study kat uniten selama 5 tahun tuh. aku tau aku da pernah pecah rekod di uniten sebelum aku keluar dengan skor 0.00 kat GPA aku. aku tau aku hina sebab hanya mampu sambung study aku kat politeknik shah alam jer. ya....politeknik shah alam saja okesss. aku tak seperti anda yang gah belajar di uniten sampai tamat degree anda selama lebih 7-8 tahun tuh padahal degree uniten sepatotnyer 5 tahun jer. aku tak mampu nak kerja sebagai pegawai hal ehwal pelajar(HEP) uniten tuh cam kau! diulang PEGAWAI HEP. mungkin sebab anda bergelar PEGAWAI, anda bole jerit kuat2 time cabutan bertuah tuh, "bukan pelajar uniten tak boleh dapat lucky draw". yeah, talk the talk. thats all you can. at least, se bangsat-bangsat aku nih, aku still ade sumbangan dekat PRS Uniten sampai skarang nih compare to kau! aku bukannyer juz datang event hanya untuk duduk dan makan di meja VIP macam kau! aku dijemput sebagai penaja okesss!

aku tak pernah kacau korang. aku tak pernah hina korang. before diz, aku respek so much kat korang sumer. rite now, list orang yang wajib di respek is NONE.
korang dengki tengok aku still ade pengaruh lagi kat Uniten tuh padahal aku da 2 tahun berambus daripada situ? korang tensen kenapa PRS Uniten still contact aku untuk jadik MC Annual General Meeting ke 10 dua minggu lagi?korang jeles tengok aku pakai stylo semalam dan ramai tengok2 sampai abes event padahal korang pakai cam bangla naek moto jual carpet? korang cemburu dengar nama AIDI SAFUAN yang disebut2 oleh semua group dalam discussion semalam daripada nama korang yang kononnya gah tuh kat uniten selama nih?

owh god, tensen sampai sekarang nih. ainrox, give me five!


p/s: kalau anda perasan, dalam post ini saya menggunakan kata ganti diri "KAU" berbanding "anda" atau "beliau" yang beser saya gunakan selama nih....see how im so piss rite now

Thursday, July 23, 2009

Lagu Kenangan

lagu kenangan kalau pegi motivasi time kecik2 dulu selain lagu "suci dalam debu" dan lagu "jika kau fikirkan kau boleh". tapi skang da jarang da dengar. memori. sob2...

The latest RM 50 note


Tuesday, July 21, 2009

Time to Change

owh, post nih bukan aku nak promot produk Digi ker aper. takde kena mengena dengan Digi pown actually. baiklah kawan-kawan maya ku sekalian, back to the topic. topic kita pada pagi-pagi buta lepas subuh ini adalah; "ala-member-member-toksah-la-nak-berkira-sangat"

Member aka rakan aka kawan dan lain-lain adalah orang yang anda kenal dan orang yang kenal anda. yer, mereka adalah orang yang mengenali anda la senang citer. (pandai2 jer reka maksud nih -_-"). jadi, adalah kebarangkalian yang tinggi jika mereka ingin meminta tolong pada anda dengan selalu. dan atas nama "member" juga lah, maka adalah wajib untuk anda tolong member anda nih.(owh, reka statement sendiri buat kali kedua)

dah banyak cara aku penah tolong orang yang bergelar "member" aku nih. macam-macam aznil da aku bantu sedaya mungkin. dan setiap kali ayat yang dilontarkan semasa aku konon-konon cam malas nak bantu adalah, "ala, member-member. tolong la eh". dan setiap kali terkeluarnyer ayat itu, teros aku bantu "member" ini dengan tahap keikhlasan aku yang dah tak max lagi. sebab aper??? sebab ayat tuh da banyak kali aku dengar oleh "member-member" yang nak lepaskan diri akibat desperate, malah most of them adalah orang yang tidak menghargai.

daripada ramai "member" yang mintak tolong kat aku, ader 3 jenis yang aku detect. group 1 adalah orang yang sangat menghargai pertolongan aku. tiap2 kali tolong jer mesti ade habuan(bukan rasuah yer.hihi....) untuk aku. tak kesah la blanjer makan ker, minum jer ke, share info yang aku tak tau ker dan laen2 lagi. dan aku tak penah pown mintak dibayar dengan duit. Say no to rasuah!(iklan tetiber). so setiap kali aku tolong group 1 nih, aku rasa pertolongan aku dihargai dan aku rasa automatically willing kalo diorang mintak tolong lagi anytime. Group ke 2 plak adalah orang yang tak pernah contact aku selama nih, juz kenal-kenal camtuh atau cam penah dengar aku ade advantage ape2, tetiber contact aku untuk buat something. pown aku tak kesah gak kalo nak mintak tolong aku, tapi kalo setakat BUZZ!!! YM aku then mintak tolong aku. lepas abes aku tolong da tak contact aku citer paper, maka sila2 la carik orang laen untuk bantuan lepas nih. Group 3 adalah golongan orang yang sangat la aku %!#$%&. huhu....dah la mintak tolong aku, lepas aku tolong tuh, bole kutok2 aku kat orang laen plak tuh! macam nih punya orang pown ade ker? adoih....

aku pernah tolong carik sponsorship, pernah tolong buatkan asemen calculus yang da lame aku luper, pernah tak tido malam buatkan design, pernah jadik pengacara majlis dan lain-lain lagi. tapi sumer aku tak pernah mintak bayaran untuk masa dan penat dan effort aku tuh atas dasar "member" tuh. tapi tak tau la, maybe budaya melayu tuh kureng menekankan tentang aspek MENGHARGAI agaknyer. actually ade jer orang yang berterima kasih kat aku sampai skang nih walaupon aku da tolong beliau 2 tahun lepas. dan beliau adalah indian. dan ade jugak orang yang beria-ria nak blanje aku nasik brianni padahal dier tanya nak kasik adiah besday untuk awex dier jer pown. dan dier adalah chinese okesss.....so itulah sebab skang nih aku cuber nak kenakan bayaran untuk setiap kerja(kerja besar jer la. setakat tolong buat 1 soklan add math takkan nak kena bayar plak). and unfortunately, aku dianggap sebagai BERKIRA plak dengan "member".hurm...


p/s: penghargaan bukan melalui duit sahaja okesss!

Monday, July 20, 2009

Perfect

setiap orang pasti mahukan keperfekan(mende plak ayat nih???) atau ke sempurnaan la senang citer. walaupon sekeji/sehina/sebusuk jarang mandi pagi/sejerangkong mat pet mana-mana pown, jika ia adalah manusia, pasti inginkan sesuatu yang sempurna. tak caya?

  • "uishh...kan besh kalo i dapat kawen dengan putera raja."
  • "kalau la aku dapat tekel mamat tuh, da la hensem, kacak(hensem ngan kacak same jer woit), kaya. segalanya ade la senang cite."
  • "kan besh kalau aku dapat bf/gf cam artis tuh"
  • "saya mahukan seseorang yang boleh membuat saya ketawa sentiasa"
  • "ala, jam tuh tak lawa la. tak de diamond kat jarum tuh. tak mau la"

banyak lagi contoh, tapi tuh ler yang mampu difikirkan pada pukul 3.04 pagi neh. huhu...so, bercakap tentang kesempurnaan, so u think u can dance......eh eh silap. sori2...so u think u can get the perfect one? yeah, of course u can. but are u really deserve it?(tetiber terdiam). "ala,sukati aku la. sebok jer ko neh", owh kata-kata tuh pasti akan dikatakan anda skang nih kan? takper, da agak da.huhu... tapi actually da lame da aku tau mende neh iaitu :


credit to komik Eye Shield 21 episod braper tah time semi final Kantou tournament. so, aku tak kesah pown selama nih kalau aku tak sehensem Brad Pitt sebab aku tau sebenarnyer Brad Pitt tuh tak secomey aku.huhu.... jadik kepada yang masih setia menunggu putera raja atau white knight or watsoever tuh, come on!face the reality lor...true story, yer anda memang berpeluang dalam 0.001% untuk bertemu dengan putera raja impian anda. end story.


p/s: hanya mencuba menjadik 99.99% perfect only

Sunday, July 19, 2009

Post tak puas hati

alrite, setelah 140 bijik post aku yang ngarut dan tah hapa-hapa tahun ini. untuk post kali ini, aku cuba membincangkan tentang masalah remeh dan beser2 jer yang dialami oleh orang hensem dan comey iaitu tidak lain tidak bukan, enchek aidi safuan adha.huhu...

"takyah ajak aidi, nanti ade orang mara", "haha,takper la. nanti takot kena kejar", "eh, ko kuar nih takde orang jeles ker" dan lain-lain lagi ayat yang lebih kurang camni la jugak. (takkan aku nak bagi sumer kowt. carik ar sendiri contoh laen!)

yer, itulah perkara yang dihadapi oleh pihak lelaki macam aku neh bila da kawen kapel. maybe sebab tuh la ramai rakan-rakan ku yang da kapel sume cakap still single sebab kalo ngaku da berpunya konfem tade gadis mahu menjadi rakan. yerla, maksudnyer cam nak buat group untuk subjek, share hobby karaoke sama2, dan laen2 lagi la.

jadik, bak kata enchek R****, kalo da kapel, better anda delete sahaja list phonebook yang berjantina perempuan sebab diorang sumer konfem tak layan anda da lepas nih. kalo taknak ilang member, lenkali carik gadis yang betol2 anda nak buat bini, lepas tuh teros kapel dan tunggu untuk kawen jer. senang cite.huhu....


p/s: tapi yang jadik cam neh sume perempuan jer. yang da jadik wanita aka da matang xde pown aku tengok. sumer cam beser jer. dan mungkin itulah yang dinamakan professional rasanya.

Wednesday, July 15, 2009

I'm Sorry


I'm sorry(sambil buat gaya cam amir raja lawak) guyz and gurlz out there. there is some technical problem i'm having rite now so dat i cant update any stories for a while. hope i can solve diz problem soon. see u guyz later~

Friday, July 10, 2009

Krispy Kreme


Yeah! mari kita serbu ramai-ramai ke Krispy Kreme di Times Square!!!!

Cooking Session: Ayam Masak Telur

(tetiber nak post nih sebab sudah 2 orang jiran puji aku pandai buat kerja rumah time parent aku takde.hehe....)

Menu: Ayam Masak Telur

Bahan-bahan:

Seketul Ayam

Lada Sulah

Garam

Tepung Gandum

Telur

Penyediaan:

Bersihkan ayam tuh. Potong kecik2. kalo nak maintain seketul tuh pown bole jerk.

Gaul ayam tuh dengan garam dan lada sulah

Panaskan minyak. sambil tuh, pecahkan telur dan belasah pukul telur tuh

Gaul ayam dalam tepung. (takyah banyak sangat sebab nanti payah nak goreng)

Amek isi ayam pastu celup(celup yer. bukan rendam. aku da penah rendam dan hasilnyer sungguh hampeh.huhu....) dan masokkan dalam minyak yang da panas tuh.

Goreng jerla ayam tuh sampai masak.

Hasil:

Menu of the day


Special menu of today:
1 box of Big Apple & One Piece Manga reading

Monday, July 6, 2009

Kad Kahwin

ouh,bukan saya yang nak kasik kad kahwin kat anda. tidak sama sekali. tapi nak bagitau kad kahwin punya cerita. kad kahwin pown ade cerita tau. fames~

persoalan di sini, pernahkah anda di jemput ke perkahwinan rakan taulan anda dan secara baik dan mulia nye rakan anda tuh tulis kad tuh "kepada kassim dan siti melur"(contoh jer.bukan tulis camnih sebijik). normal jer kad ini, kalau orang yang kahwin tuh adalah rakan kepada kassim ATAU rakan kepada siti melur. tapi kalau lah orang yang berkahwin tuh adalah rakan kassim DAN siti melur, adakah ini bermakna orang yang berkahwin tuh nak jimat atau kedekut atau saving kad atau malas nak tepek setem dua kali?

owh, nampak cam remeh jer mende nih(especially bagi sesape yang da penah buat atau teringin nak buat nanti), tapi cuba anda bayangkan kalau la anda jemput 2 orang melalui 1 kad jemputan. kot2 la kad tuh hilang/lewat sampai/terkoyak dan lain2 lagi, bukankah tu menyusahkan diri yang dijemput tuh?adeih...

dah kena 3 kali, sekali aku pergi, sekali aku hampir tak pergi dan sekali aku tak dapat pergi(sebab kad tuh da lost). takde la tensen mana pown, tapi nyusahkan pown ade gak. aperla susah sangat nak tambah 1 lagi kad jemputan. kad kahwin+setem = RM 1 +RM 0.30 = RM 1.30. tambah singgit lebey jer pown. tuh pown kalo kad anda tuh singgit la. kalo kad pown setakat 30 sen tuh tak tau nak cakap aper dah. ish2...


p/s: kalo taknak jempot, jangan ajak. jimat duit tol+minyak+adiah(tak kasik adiah kang kecik ati.giler poyo).

Friday, July 3, 2009

Mulakan hari anda dengan secawan Nescafe

yaaaa...mari mulakan hari anda dengan 1 cup of nescafe yang kurang gula. asik minum/makan benda manis2 jer, nanti hari tua veteran anda bakal sengsara.

da lama tak update latest story. owh, bukan kerana period pain saya. bukan sama sekali. actually kena demam+sakit kepala la plak. bangun pagi jer da pening kepala nak kena tidorkan balik si baby kecik anak sedara aku. cantekkk! aku da jadik babysitter part time tak bergaji la plak skang neh. dengan payah+penat lelah nak tidorkan budak kecik yang tak reti nak tido neh. adeih...pening kepala jimbet aku neh.

muker pening nak tidorkan budak. rambut pown da jadik cam Tom Welling da neh...
owh akhirnya kau pergi jua....eh silap! akhirnya kau tidur jua....

tak tau nak breakfast aper, letak status kat facebook jer, macam-macam idea pelik tiba. kak mah nasik dagang putrajaya la, nasik kerabu la, mcDonald breakfast la.(eh,nape aku rajin lak nak tulis mekdi nyer name penoh2 neh?). owh dan mekdi breakfast tuh tak pelik sebab aku decide akhirnya nak breakfast kat mekdi. haha....

mari breakfast di mcD! ubat period jangan dilupakan~

tahukah anda jika coffee/tea anda dah abes, anda boleh refill semula?ya anda boleh kerana saya pown baru tau time neh.

muka tak sehat tapi boleh cover dengan buat style rambut cam aizat.

petang, transformers 2: revenge of the fallen di One Utama la plak. kena teman orang yang tak tengok lagi. yang agak tidak menarik nya di dalam panggung wayang tuh, ade la jiran sebelah kanan seat aku neh, duduk la 1 couple chinese nih. aku tak tau la diorang nih da tengok gak ke atau belom, tapi tiap2 scene jer mesti si balak nih nak story kat awek dier. ekele, even aku da tengok pown aku still gak terganggu mood aku kalo da anda cerita sampai aku bole dengar. cilakak!

abes tengok movie, tibalah giliran Flaming Steamboat Buffet Restaurant di Sunway City. first time pegi kat situ. not bad. da macam mamak la plak aku tengok, tapi jual steamboat. orang ramai giler dan oleh kerana naseb saya baik+buat muka sakit kat waiter tuh teros dapat seat. plenty of food daripada starter sampai la ke dessert. tapi tak guna ajak orang demam+sakit kepala kerana mereka hanya membazir duit di situ dengan hanya makan dalam singgit lebey jer. huhu...sedey2...tak selera nak makan walaupon sumer makanan cambest jer.sob2...takper2, net time aku pegi makan kat situ sampai abes sume supply food!

muka mereka yang gembira kerana dapat makan banyak mengalahkan saya

muka sakit yang amat sangat macam michael jackson time dier kaler putih.minum air jer tau. chinese tea lagi.sob2...

p/s: owh, cerita ini berlaku 2 hari lepas kerana saya tak mampu nak update blog saya dalam masa 2 hari lepas.