Im thinking of closing my account. yes, definitely my blogger account. blog yang tercinta ini. cewah, tercinta sangat la konon. padahal cam crap jer blog neh.huhu...
blog yang dibuka secara rasmi pada .................. ogos 2008(
kantoi baru nak cek kat main page) neh pada asalnya hanya lah sebagai tempat luahan perasaan aku sama ada aku gembira, sedeyh, tensen, bangga+kerek sket dan lain-lain lagi.
dan setelah aku pikir masak-masak(
tapi x abes pikir lagi neh), aku bercadang nak tutup jerla akaun blogger neh. dengan kewujudan blog neh, aku rasa da banyak menimbulkan pelbagai perkara-perkara yang negatif berbanding positif. dan macam yang aku state kan sebelum nih, blog aku nih juz tempat luahan perasaan aku jer. sama jer fungsi cam diari peribadi. tapi disebabkan mereka-mereka yang takde kerja pastu rajin lak nak search kehadiran blog neh, tuh yang terkenal skejap blog aku neh.hoho...
orang pertama
paksa suruh aku buat blog awal2 dulu adalah
izyan dalila. rakan kepada rakan aku yang skang neh dok kat japan. tak pernah jumper pown sampai skang neh.hoho.... kalo awal2 dulu, posting aku normally about present life aku jer. ke mana aku pegi, apa yang aku makan, movie aper yang aku tengok, current mood dan perkara yang berkenaan jer. majin lama, aku transform kepada experience life aku dan tentang politik(
bukan politik Malaysia okesss) berkaitan idop aku.
yang paling menariknyer pasal blog aku nih adalah, ramai gler silent reader. hoho... aku penah cek arituh, banyak gak ar silent reader walaupon yang post komen ade la sekerat dua jer(sedeyh gak tengok.huhu...). tapi tak kesah la. cam yang aku cakap tadi, mende nih tempat luahan perasaan. kalo aku simpan dalam ati pown, kalo xde orang search, sama jer.huhu... ada jugak silent reader nih yang agak extremist. diorang tak comment buruk2 cam yang blogger laen kena. tapi diorang menyampaikan kandungan blog aku neh kepada pihak ke-3, ke-4, ke-5 sampai ker infiniti. dan cam beser la. kalo da maklumat tuh disampaikan tanpa dilihat dengan mata, macam2 la jadiknya. daripada nasik putih pown kosong tanpa lauk pown bole jadik nasik minyak orang kawen lauk ayam masak merah dan puding serta tembikai potong(
gler jauh beza.haha..).
walaumacam manapown, aku still berterima kasih kepada silent reader yang extremist neh. kerana tanpa mereka, rating blog aku nih takde la naek mendadak sangat.huhu...kerana anda lah yang telah membawa lebih ramai untuk masok ke blog saya. bak kata
saiful islam, anda ibarat pengkomen benci tapi rindu. benci camna pown anda kat owner blog ini, tetap anda membuka setiap hari untuk melihat update di blog ini. thank you!
Dan kerana blog ini jugalah banyak perkara buruk terjadi. kerana kadang2 manusia menerima apa yang dia ingin terima sahaja. manusia mendengar apa yang mereka hanya ingin dengar sahaja. suatu perkara itu, bole menjadi pelbagai maksud jika dibaca oleh ramai orang. contohnya, kalau rakan aku baca post yang aku tengah mara kat someone, pasti beliau akan kesian/caring. kalau someone yang aku mara yang baca post aku tuh, pasti beliau akan dabel trabel mara kat aku. kalau orang luar yang tak kenal aku plak baca post tuh, takde komen paper pown. camtuh la situasi kat blog aku neh. setiap 1 post bole menimbulkan pelbagai perspektif.
jadi, memandangkan lebey banyak negatif part daripada positif part dalam kewujudan blog nih, kemungkinan besar ini adalah post terakhir
Aidi-Safuan dalam dunia blogger ini. jika ada rezeki, kita berjumpa lagi. bye bye bye~~~~~