Wednesday, April 21, 2010

Final Exam is around the corner. Accident also is around the corner. Kolej Damansara Utama's corner i meant

Wahh... My final exam is just around the corner. damn la. 13 minggu belajar, baru perasan satu benda pon tak paham apa lagi. (-_-") Sekarang baru terkial-kial nak study semua benda. hoho... nih pon nasib baik ada 2 minggu lagi. boleh la cover sket-sket mana yang tak paham tuh.

Hambek kau. 2 meja pon tak muat nak letak buku, notes, past year papers dan lain-lain tuh. haihh....



Jalan-jalan balik rumah pulak, cam biasa la kat Lebuhraya Damansara Puchong pada pukul 6 petang. jem gila tahi kucing! walaupun perempit macam aku nih pon, terpaksa la bawak slow jugak. tak kan lah time mencelah bedah tuh pon ko nak bawak 120 km/j jugak kan? gila ker hapa. nak mampos?!! haha... Ingat kan jem macam biasa. sekali ada accident la pulak.


Zaman pon dah berubah. kalau dulu accident mesti body kemik la, pintu remuk la, belakang kena sondol la, bumper jatuh la. since zaman pon dah berubah, accident pon dah naik taraf dah. accident sekarang nih kalau tak terbakar memang tak sah la. tak payah nak bazir duit pergi tengok evolusi kl drift 2 kat golden screen cinema di one utama dah. depan mata pon dah boleh tengok aksi kereta terbakar live.

Pandangan belakang


Apa la yang kau intai bawah kereta tuh abang oit? ada kucing beranak ke kat bawah tuh?


Pandangan depan pulak. nih je paling dekat aku boleh snap. tuh pon brader bomba tuh dah halau pergi main jauh-jauh dah.


Zoom in! api dah terpadam dah pon. driver dia amoi cantik selamat jer kat tepi jalan tuh. :)




p/s: dah2. nak study pulak. esok presentation final semester project. pressure betol la