Friday, April 30, 2010

Iron Man 2. Iron Man akan mati dalam sekuel terbaru?

[Story ini ditaip pada hari khamis, 29/4/2010. so jangan terkeliru okay.]



Sila carik perbezaan yang ada dalam tiket nih selain tajuk movie.


Balik jer daripada kelas, sampai kat rumah. Tepat-tepat hujan lebat. perghh... nasib baik dowh. kot tengah jalan dah start hujan lebat, tak ker perit hidup camtu. dah la merempit, confirm basah kuyup la underwear semua.



Sampai je rumah tiba-tiba teringat pasal Iron Man 2. OMG, hari nih dah keluar weih! Confident je check kat website MBO Cinemas la kan. Paling awal pon pukul 8.30 malam. Since aku sampai rumah setelah seharian belajar dengan gigih pon dah pukul 6 petang. Ambil jerla. Dengan hujan lebatnya, sanggup gak meredah. Iron Man 2 punya pasal la kan. hoho..


Setelah tiba di Galaxy Ampang yang ada MBO Cinemas tuh (ayat tiba-tiba berubah menjadi skema pula. kenapa? usah di tanya tentang itu. aku tengah period nih), terus la order ticket. Then baru sedar la hari nih baru 29/4. Cilaker! Iron Man 2 keluar 30/4 la bodo. kataku kepada diri sendiri. Haha.... tapi sebab camner tah, Selamba kodok jer MBO release awal. gler ker hapa diorang nih. :p



Takder la nak cakap Iron Man 2 nih tak best mana pon, tapi aku tak rasa macam nak tengok lagi sekali la. Biasa-biasa jerla. cerita pasal Tony Stark(Robert Downey Jr.) aka Iron Man yang dah makin famous sebab berjaya megekalkan keamanan kat dunia(POYO). Tapi sebab selalu sangat pakai suit Lelaki Besi tuh menyebabkan darah dalam badan dia tercemar dengan toksik. Lepas tu dengan kemunculan rivals Stark Industries iaitu Justin Hammer(Sam Rockwell) sebagai CEO Hammer Industries. Ivan Vanko(Mickey Rourke) sebagai anak kepada Anton Vanko(Yevgeni Lazarev) yang pernah bekerjasama dengan abah Tony Stark iaitu Howard Stark(John Slattery) satu masa dahulu. Disebabkan Ivan Vanko nih hebat, tapi jahat dalam cerita nih. So dia pon design la suit yang lagi ganas daripada suit Iron Man. So, dengan Toksik dalam badan Tony Stark, melawan pulak dengan Suit Ivan Vanko lagi. Senang cerita, Confirm jerlah Iron Man mati lepas tuh. So, cerita pon tamat. haha... kalau korang percaya, aku pon tak tau la nak kata aper lagi dah. Pergi tengok kat wayang jerla. senang cerita. :p


-------------------------------------------------------------------------------


Since kat picture first sekali tuh ada 2 tiket, maksudnya aku dah tengok 2 movies la, Tak gitu? The Losers nih aku rasa kepada Boyfriend, tak payah la korang nak ajak sekali Girlfriend korang tengok cerita nih. Sungguh tak sesuai untuk para gadis menonton movies nih. =p


Actually aku beli tiket cerita nih sebab aku ingat cerita nih ada sankut paut dengan Games Left 4 Dead 2. tapi sebenarnya takde kaitan langsung. HAHA... malu dowh. muka kat poster jer lebih kurang sama. Cis! aku tertipu. benci arh...

Left 4 Dead 2

The Losers

The losers cerita tentang 1 team US Army yang mempunyai specialty masing-masing dianggotai oleh Clay(Jeffrey Dean Morgan), Jensen(Chris Evans), Rogue(Idris Elba), Pooch(Columbus Short) & Cougar(Oscar Jaenada) dalam 1 misi khas untuk assassinate 1 musuh kat kem di Bolivia. Setelah misi diorang selesai, baru diorang dapat tahu, sebenarnya orang yang beri arahan tu adalah orang jahat yang bernama Max(Jason Patric). Dah jadik camtuh, 5 orang nih pon tak pasal-pasal terpaksa jadi pelarian plak. sedih jer. Then ape lagi, misi balas dendam la! Diorang dapat bantuan oleh Aisha(Zoe Saldana) untuk smuggle diorang kembali ke US. Movie yang penuh dengan taktikal. lagipun, movie nih rated as 18PL tuh! So, ade la sket-sket adegan ehem-ehem tuh kan. Ringan-ringan je pon. :p
haha... jangan fikir lebih-lebih pulak, keji gila otak korang semua nih. haha... so, pergilah menonton wayang. Wayang siapa lagi kalau bukan wayang? Wayang US la. nih bukan cerita melayu pon! adoih...