Friday, April 23, 2010

Register Streamyx then received RM 40,000 life insurance policy?

Hari ni dah kali ketiga wakil insurance daripada Chartis (dahulunya dikenali sebagai AIG Insurance) call no telefon aku. Entry nih mungkin akan menyakitkan hati ejen insurance mana-mana company pon, tapi kau tak fikir aku punya sakit hati time kena mende nih!



Panggilan pertama aku kena dulu time tengah Latihan Industri kat TM. Masa aku tengah masuk manhole tuh jugak la diorang nih nak call. aku pon layan kan ajerlah. Mula-mula kenalkan diri. pastu cakap tentang aku sebagai pengguna streamyx, then aku automatic dapat polisi insurance bernilain RM 40k secara PERCUMA. Then diorang mintak nama penuh dan no. ic aku. since aku nih tengah sibuk buat kerja, kasik jerla. pastu diorang mntak pulak no. kad debit maybank aku(no yang ada kat depan kad atm tuh). since pengetahuan am aku pada tahun 2009 mengatakan yang SCAM takkan boleh dilakukan jika tiada password, aku pon bagi jerla no kad debit aku tuh (-_-"). dah selesai pasal aku pulak, diorang tanya pasal parent aku pulak. pastu diorang cakap la kalau parent, kena bayar sket. yang tuh dah konfem la aku reject kan. manusia nih kalau bab percuma suka jer. time kena bayar mula la tak berminat. :p so, aku bagi jerla nama penuh abah aku jer. No. ic aku tak kasik. bukan sebab takot kena bayar, tapi sebab memang aku tak hafal pon no ic abah aku. :p
AIG is now Chartis


Lepas sebulan panggilan tuh berlaku, aku check la maybank2u aku. sekali dah terkurang RM40. pelik gak aku. check kat details, "AIG Insurance" yang ditulisnya. aneh gak. terus call AIG insurance. Perkara utama tentang company insurance, time nak promot insurance tuh, memang sangat laju. tapi time nak berurusan lepas dah join insurance tuh, kalau tak call 4-5 kali memang tak sah la. lepas 4 kali aku call, baru la diorang setuju nak pulangkan balik RM40 aku tuh. bangga la gak time tuh. Bajet da setel la semua masalah time tuh? SALAH!


Lepas 2 minggu, aku pergi atm kat petronas sebab nak keluarkan duit. nak isi minyak motor time tuh. sekali check balance, tinggal RM6! tinggal RM6 weih! tak boleh nak withdraw duit! hampeh! time tuh cuak la kan. apesal lak duit aku tinggal rm6 nih? padahal hari tuh aku ada dalam rm60 lebih la jugak. malam tuh gak check kat maybank2u. rupanya AIG ambil lagi duit aku. haihhh... kali nih pasal apa plak? hari tuh aku da tamatkan dah polisi insurans aku. macam biasa, call AIG kali ke 5 baru dilayan. alasan diorang, nih polisi untuk abah aku plak. "WHAT THE FAKK!!! bila masa lak aku baik sangat nak beli polisi insurans untuk abah aku nih?! aku sendiri pon takde insurans nih, nak kasik kat orang lain plak!". mencarut la aku kat officer yang layan telepon aku time tuh. tapi dalam hati jerla. since officer tuh pompuan. mak cakap, tak baik mencarut kat pompuan cantik. tapi yang sedihnya, kali nih diorang tak pulangkan pulak duit aku tuh. alasan diorang, aku ada setuju nak amek polisi insurans tuh. KEJADAH KAU! tak ingin aku amek insurance guna taktik camnih. lepas tuh aku doa la jugak supaya AIG(dan Manchester United) lingkup. tensen gler time tuh. tau- tau sekarang nih dah tukar nama dah pon. tak tau la plak sebab apa kan. HEHE...

Yang tak boleh belah nya, sebulan lepas tuh, ade ejen lagi call aku. cakap sebijik camtuh. kena la maki hamun aku.(owh, time tuh lelaki. so boleh la maki hamun.) :p Yang terbaru, petang tadi pon call balik. pukul 5.30 petang boleh call aku cerita pasal insurance. cam siot. padahal aku call office korang kol 4.30 pon korang cakap office korang dah tutup. hampeh. tapi hari nih aku baik. so aku layan jerla Miss Lavina yang call aku tadi. macam-macam detail aku bagi kat dia. sekali bila kantoi semua detail aku tuh tipu jer, terus aku off handset aku. WAHAHAHA...


so kepada semua pengguna streamyx sekalian. kalau dapat panggilan camnih, hati-hati la erk. unless korang memang berminat nak ambil insurance nih. polisi mane yang free, aku pon tak tau. korang tolong tanyakan erk. :p