Saturday, April 24, 2010

Tulis kat situ parking untuk visitor. Tapi siap ada orang cop lagi. Parking visitor memang camtuh ke?

Lepas Azan subuh pagi tadi, aku pergi la tolong angkut barang sebab cikM nak pindah. Ingatkan aku sorang jerla yang tolong, nasib baik la cikMM pon ada gak.


Since rumah cikM sebelum berpindah adalah jenis apartment, so semua parking kat situ adalah di reserve khas untuk owner rumah. siap dapat mangga lagi sorang satu. Then, ada la jugak beberapa parking khas yang memang disediakan untuk visitor. yerla, takkan time ko nak beraya nanti ko kena parking kat luar plak kan? Jauh tuh nak menapak. kalau tengah sakit perot tuh konfem la akan terburai kat depan lif tuh jugak.


Since nak tolong pindah barang, mesti la kena ada transport pembawa barang kan? So, cikMM pon bawak la kereta beliau jugak. cikMM nih baik. so parking kat tempat visitor. kalau ada orang yang cam keji sket hati dia tuh confirm akan parking dua lapis kat belakang kereta orang lain. (-_-")


Klik la image tuh. kasik nampak sket. Ko kan rabun.

Gambar first adalah gambar papan tanda "visitor parking". gambar kedua setelah di zoom di kertas sebelah kiri tuh. gambar ketiga bila di zoom lagi jauh pada gambar kertas sebelah kiri sekali tuh. well, guna DSLR manual kan. nak zoom, tak payah nak tukar Zoom lens. gerakkan badan kau sehingga merapati gambar tersebut. Manual sungguh kan? :p


still tak nampak lagi apa yang di tulis kat kertas tuh? ala korang nih. manja betol la. terpaksa la aku pasang balik zoom lens aku nih.


Ha... dah nampak dah kan? hehe... siap letak no telefon lagi tuh. jom ramai-ramai misscall. :p


tulis jer parking pelawat. tapi block jugak dengan palang tuh.
siap bermangga lagi. camne la visitor nak parking. haihh....



Last but not least, gambar khas untuk tatapan anda semua. gambar baik nih! Picture hot stuff abang kachak bermandi peluh gitu untuk tatapan gadis-gadis di luar sana. Auwww... Tapi jangan ambik gambar nih pastu tampal dalam bilik pulak erk. nanti kena santau~~~~

Tada... picture aidi-safuan comey berpeluh setelah angkat barang. banyak woo!!