Tuesday, May 11, 2010

Malaysia umumkan cuti pada Hari Belia Negara?


Hari Belia Negara? Hari apa tu? Tak pernah dengar pon! hehe... Okay la, memang la cuti. Sebab Hari Belia Negara 2010 pun jatuh pada hujung minggu ni iaitu 14-16 May 2010. Mesti anda semua tak tahu kan apa itu Hari Belia Negara 2010? hehe... Hari Belia Negara 2010 merupakan sambutan untuk seluruh belia di Malaysia. Pada tahun ini, sambutan Hari Belia Negara akan disambut di Putrajaya. Nak tahu lebih detail lagi? Jom tengok website ni. http://www.kbs.gov.my/HBN2010_web/index.html


Lokasi Hari Belia Negara 2010.


Banyak aktiviti dan pameran yang di adakan pada Hari Belia 2010 ni. Semuanya dah siap dibahagikan mengikut Cluster masing-masing. So basically, ada 8 cluster yang boleh dikaitkan dengan golongan belia ni.

Cluster Hari Belia Negara 2010



1) Kemajuan & Pengiktirafan Belia
Banyak kemajuan telah dilakukan oleh belia di Malaysia. Belia Malaysia telah memberi sumbangan kepada negara dalam pelbagai aspek sekaligus turut mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Sehubungan dengan itu, Hari Belia Negara 2010 akan mengiktiraf belia negara sebagai aset negara yang bernilai. Antara aktiviti yang akan dianjurkan adalah: Perhimpunan Belia Negara 2010, Anugerah Belia Negara, Anugerah Remaja Negara dan Konvensyen Belia Kebangsaan.


2) Kreatif & Inovatif
Belia Malaysia telah terbukti penuh dengan ciri-ciri kreatif dan inovatif seiring dengan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sifat Kreatif & Inovatif yang telah mula diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi akhirnya membuahkan hasil dengan menghasilkan modal insan yang berjaya dalam pelbagai aspek. Hari Belia Negara 2010 mengiktiraf belia negara dengan menganjurkan aktiviti seperti Pertunjukan Robofair, Pertandingan Cyber Games dan Kreatif GIGs 1 Belia 1 Malaysia.


3) Expo & Pameran
Setiap kali diadakan expo dan pameran di seluruh negara, golongan yang pastinya akan memeriahkan tempat tersebut sudah tentu adalah golongan belia. Sehubungan dengan itu, pelbagai expo dan pameran akan dibuka di Hari Belia Negara 2010 untuk menarik lebih ramai lagi golongan belia untuk mengunjungi Putrajaya seperti Expo & Pameran Belia, Youth Town serta Pameran & Persembahan Malaysian International Youth Programme.


4) Kerohanian & Kebajikan
Aspek kerohanian & kebajikan sentiasa diterapkan semasa tempoh pendidikan para belia. Melalui kerohanian & kebajikanlah maka sifat toleransi, bertolak-ansur dan bekerjasama dapat dipupuk bagi kalangan belia negara. Oleh itu, penganjuran Majlis Tahlil & Doa Selamat, Khutbah Jumaat & Solat Hajat, Derma Darah serta Al-Kuliyyah yang disiarkan secara langsung sangat bertepatan untuk membuktikan belia negara penuh dengan aspek kerohanian & kebajikan dalam diri belia sekalian.

5) Penyertaan Swasta
Tidak dapat dinafikan tentang pembabitan pihak swasta dalam membangunkan jati diri setiap belia negara untuk lebih berdaya saing antara satu sama lain. Dengan terbabitnya agensi swasta seperti penganjuran Karnival Jom Heboh, Karnival Fun Foto, Miniature Golf & Motorbike Show diharap dapat menarik lebih ramai lagi belia untuk bersama meraikan Hari Belia Negara 2010.


6) Kesukarelaan
Belia Malaysia pada masa kini tidak dinafikan lagi tahap kesukarelaan mereka. Contoh paling mudah adalah peserta Program Latihan Khidmat Negara yang diadakan setiap tahun telah berjaya memupuk sifat kesukarelaan dalam diri setiap belia negara ini. Justeru itu, penganjuran Jambori Pengakap, Perhimpunan Sukarelawan dan PLKN adalah bertepatan sekali dengan Hari Belia Negara 2010.


7) Kesenian
Belia dan kesenian memang tidak dapat dipisahkan. Kewujudan pelbagai kumpulan muzik yang bergerak secara independent pada masa kini membuktikan nilai kesenian yang terdapat dalam belia di negara ini. Adalah sangat bertepatan sekali apabila Hari Belia Negara 2010 akan menganjurkan Persembahan Indie Band, Clash of the Band, Persembahan Nasyid, Pertandingan Exteme Dance dan juga Pertandingan Gendang serta Dikir Barat Piala Presiden MBM.


8) Sukan
Segmen sukan sentiasa dinanti-nantikan oleh semua belia di Malaysia. Selain dapat memupuk badan yang cergas, sukan juga dapat menerapkan nilai bekerjasama dan bersatu padu untuk berjaya. 4 jenis sukan dibahagikan iaitu Sukan Rekreasi, Sukan Massa, Sukan Bermotor dan Sukan Kecergasan. Antara aktiviti sukan yang akan dianjurkan adalah Pertandingan X-Games, Kejohanan Paintball, Perhimpunan Wajadiri, Klinik In-Line Skating, Kejohanan Futsal, Pertandingan Bola Jaring, Auto Show, Goodyear KBS International Drift Challenge, Senam Cergas dan Pertandingan Cheer Leading.




Satu lagi perkara tentang Hari Belia Negara 2010 ni, ada berita baik untuk anda semua yakni Blogger sekalian la. Semperna Hari Belia Negara 2010 pada 14-16 May 2010, Persatuan Information Technology Youth movement (ITYM) sedang mencari 50 buah blog yang mempunyai yang mempunyai ciri-ciri menarik dari segi design, pengisian dan populariti. Program nie dinamakan Creative Youth Blog.



Kelebihan Creative Youth Blog

1)Blog-blog yang terpilih itu nanti akan diberi sijil penghargaan dari Kementerian Belia Dan Sukan.
2) Blog yang terpilih juga akan dipamerkan pada Booth pameran ITYM pada 14-16 May 2010.
3) Selain itu, dapat mempromosikan blog anda semua.
4) 50 Blog yang terpilih akan di compile untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Macam mana Blogger sekalian. Menarik tak?
Apa yang perlu korang lakukan untuk join Creative Youth Blog nie hanya:

1) Tulis sebuah entry mengenai ITYM dan satu harapan anda untuk kerajaan kepada golongan blogger belia.
2) Tampilkan logo ITYM seperti dibawah didalam entry tersebut.