Sunday, June 13, 2010

Kahwin? TAK NAK!

[Tiada kaitan] Busy gila arrghhh dengan Kem Motivasi Perdana Felda-Uniten 2010 dari 11 Jun hingga 17 Jun. Dah la takde awek cun di sekeliling. :P



Ramai orang tanya, bila target aku nak kahwin. Jawapan aku senang jer, "Maybe aku taknak kahwin langsung". Ramai orang pelik. Nak tahu sebab apa?


Okay, sekarang umur aku 21 tahun. (23 jun ini umur aku jadi 22 tahun). So, aku target umur 25 tahun aku dah ada kerja tetap dan patutnya dah ada kewangan yang kukuh. Sekarang ni aku tengok hantaran at least mesti RM 10k. Itu pun paling minimum tu. Kalau RM 15k macam mana? Kalau RM 20k? Itu baru hantaran. Barang-barang hantaran lagi, photographer lagi, sewa kanopi lagi, katering lagi, elaun tok kadi lagi, kad kahwin lagi dan macam-macam lagi. So paling sedikit aku budget dalam RM 30k untuk satu majlis kahwin. Untuk dapat RM 30k, aku rasa dalam 6-7 tahun jugak la aku kena berjimat gila-gila punya. Itu pun kalau aku takder kereta, motor, rumah dan lain-lain. Semua ni untuk 1 majlis kahwin jer baru. Haihhh....


Dah kahwin pulak, rumah mesti kena ada. Takkan lepas kahwin nak duduk rumah mak mertua. HAHA... Kereta pun kena ada jugak. Dah kahwin pun nak naik public transport gak? Memang kena perli dengan mertua jerla nanti. =P Lepas 9 bulan pulak, dah tambah 1 orang lagi dalam family. Belanja orang baru tu mana nak cari? Memang la orang kata rezeki anak tu ada Tapi kalau tak cari rezeki tu, tak datang jugak.


Ini baru pasal duit. Nak cari calon pula, ingat senang? Walaupun nisbah perempuan lagi ramai daripada lelaki sekarang ini, tapi nak cari calon terbaik tu susah jugak. Ni lagi satu. Nak cari calon yang terbaik jer. Yang pakai tudung, alim, baik, pandai masak, pandai ambik hati orang tua, sopan santun dan macam-macam lagi pakej gadis melayu. Padahal time nak cari awek dulu nak yang seksi, cun, hot, body mantap, idaman semua lelaki jer. HAHA.... Teruk perangai. :P


Dah ada calon, nak ambil hati orang tua calon pulak. Ingat senang je ke? Sekarang ni mak-mak mertua ni nak calon menantu diorang yang ada kerja mewah, famous 1 Malaysia, selalu datang jenguk diorang kat kampung, pastu ada cucu nanti kena bawak cucu main-main selalu dengan diorang. Tu belum jumpa bapak mertua yang jadi imam kat surau kampung. Confirm dia nak cari menantu yang boleh jadi imam jugak. HAHA....


Bila dah kahwin nanti. Tanggungjawab ni makin berat. Setakat tanggungjawab batin tu jer, budak 15 tahun pun boleh buat! Ini tanggungjawab yang zahir ni. Iya la. Dulu hidup sorang-sorang jer. Skip 1 kali meal pun tak kisah. Ni dah kahwin, gila apa tak nak sediakan barang dapur semua. Tak pasal-pasal bini lari ikut mat indon pergi lombok on the spot. :P Tu baru pasal makan. Nak maintain kebahagiaan lagi, ingat senang? Bila dah kahwin ni benda kecik pun boleh jadi besar kalau tak reti kawal.


So, aku tak rasa aku akan kahwin sepanjang hidup ini. Ada la jugak member-member cakap, "Ish, tak baik tak kahwin. Kan itu sunnah Nabi kita". Haaa.... Memang la itu sunnah our beloved prophet kita. Habis tu nak ikut sunnah yang best je ker? Sebelum kahwin bukan main galak pergi dating ke hulu ke hilir tu sunnah Nabi kita ke? Pegang tangan pegang bahu pegang pinggang. Siap tolong ketip-ketip kuku lagi tu, Sunnah Nabi ke? Tak nak pulak ikut sunnah nabi time tu kan? HAHA... Sorry kalau terasa. Ini pengalaman aku sendiri actually. =P Tapi macam mana pun, kalau dah ada jodoh tu. Kahwin la jugak kan. Pesanan terakhir kat yang dah berkahwin tu, Maintain kan la perkahwinan korang tu okay! Yang dah nak kahwin tu, selamat pengantin baru! :)