Saturday, June 19, 2010

Relationship Mengubah Setiap Orang. Gila Tak Best!

[Tiada Kaitan] Baru habis Kem Motivasi Perdana Uniten-Felda 2010. Penat giler! Dapat elaun terus enjoy. HAHAHAHA....



Ada boyfriend?
Ada girlfriend?
Pernah ada boyfriend atau girlfriend?
Percaya tak bahawa relationship mengubah diri seseorang?



Ada orang kata, bila kita sayang seseorang tu. Kita akan terima sebaiknya baik atau buruk diri dia. Memang la betul benda ni. Tapi semua orang boleh terima ke benda ni? Sanggup ke terima bila dah bagitahu keburukan masing-masing nanti? Well, setiap orang ada dark side masing-masing. Tak kisah la dark side tu besar atau kecik. Contoh paling mudah bagi lelaki, kalau kat rumah tu bukan main lagi kentut merata-rata. Tapi bila keluar dengan girlfriend, bukan main suci lagi konon-konon tak pernah kentut seumur hidup. HAMPEH!!!


Yerla. Orang kata, perubahan tu benda yang baik. Aku tak nafikan la benda ni. Tapi kalau ada lelaki sanggup pakai baju color pink sebab awek dia suruh, perubahan baik kah itu? Bagi gadis-gadis, baik la kot. Tapi dari suatu sudut, gadis tersebut mahukan lelaki itu turut menyukai warna kegemaran gadis tu jugak. Sharing is caring la kot. HAHA... Memang la sharing is caring. Tapi cuba bayangkan kalau lelaki tersebut tiada girlfriend, sanggup tak lelaki tu pakai baju color pink?

source: here!


Satu lagi perkara yang berubah apabila ada girlfriend/boyfriend ini adalah, minat atau hobi yang kita pernah minat tu, kadang-kadang dah tak boleh diamalkan bila dah ber relationship ini. Contoh simple, kalau seorang gadis ni suka main futsal. Tapi disebabkan boyfriend dia tak suka awek dia main futsal, mesti awek tu pon tak boleh nak main futsal jugak. Lepas tu bila dah lama-lama, terus hilang minat nak main futsal tu. Haihhh.... Salah ke kalau ada minat yang pelik-pelik? Kenapa nak samakan minat korang kat girlfriend/boyfriend korang? Biar jerla diorang ada minat tu. Cuba kalau minat atau hobi korang tu pasangan korang pulak tak suka lepas tu selalu condemn korang. Korang marah tak?

source: here!



So, seronok ke ber couple camni? Mesti korang nak kata tak semua pasangan camni kan? Tapi cuba korang fikir balik, betul ke korang ni adalah sama seperti zaman korang belum couple dulu? Betul ke korang langsung tak berubah? By the way, aku tak cakap pun ada relationship ni tak best! Just korang fikir la, dah kata dulu kalau sayang sangat. Boleh terima seadanya tentang pasangan anda. Tapi end up, korang nak BF/GF jadi macam diri korang pulak. Haihhh....