Tuesday, October 5, 2010

Movie Review: Magika

Title: Magika

Synopsis: Cerita tentang Ayu (Diana Danielle) dan Malik (Fimie Don) yang tersesat di alam Magika semasa merayau-rayau di hutan belakang rumah diorang. Semasa dalam alam Magika, Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan (Ziana Zain) untuk dibuat Potion Awet Muda. Ayu yang ditemani Badang (Mawi) pergi menyelamatkan Malik dan mereka juga perlu kembali ke dunia realiti melalui Batu Belah Batu Bertangkup yang dikawal oleh Penunggu Tasik Chini (M. Nasir).

Review: Storyline simple jer. Sesat dalam tempat pelik, lepas tu cari jalan pulang. Tapi yang menariknya sebab ada banyak character lagenda yang wujud dalam cerita nih macam Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura), Puteri Bunian (Maya Karin), Pak Pandir (Aznil Haji Nawawi), Mak Andeh (Raja Azura), Bawang Putih & Bawang Merah (Sharifah Amani & Sharifah Aleeya), Hang Tuah 5 Bersaudara (Senario), Mahsuri (Vanidah Imran), Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Norman Hakim), Orang Minyak (Nabil), Nujum Pak Belalang (Zaibo), Puteri Santubong (Marsha Milan Londoh) dan ramai lagi. Rasanya kos production sampai 2 juta tu sebab nak cover bayaran semua pelakon ni kot. :P

Muzikal pon boleh tahan jugak la. Just CGI kat pokok bergerak tu yang tak real. Ala, standard la. Kat Malaysia ni punya CGI baru belajar lagi. Tapi trailer Hikayat Merong Mahawangsa macam smart jer. Hoho...


p/s: Trailer movie Cuti-Cuti Cinta keluaran Metrowealth Production lucah siot! Farid Kamil kantoikan Nora Danish nampak nipple? huhu...