Wednesday, June 30, 2010

What will a boy and a girl do in a hotel room? SEX? Obviously not! HAHA...



Yerla! Main masak-masak la! Takkan la nak buat maksiat pulak! Dosa tu!




p/s:   HAHAHAHA... kelakar la pulak aku baca surat khabar sekarang ni.

Wednesday, June 23, 2010

Movie Review: The A-Team: BEST! The Karate Kids: MENGARUT! Knight & Days: BIASA JER!

Birthday boy pergi layan movie marathon today. HAHA... besh2~




Title: The A-Team

Sinopsis: Mengisahkan tentang Colonel John Hannibal Smith (Liam Neeson), Lt. Templeton Faceman Peck (Bradley Cooper), B.A. Baracus (Quinton Rampage Jackson) & Murdock (Sharlto Copley) dari pasukan askar khas Rangers. Movie ni menerangkan tentang macam mana The A-Team sebelum ditubuhkan. So, tiada perkataan A-Team langsung dalam story ni. Hannibal sebagai mastermind setiap misi, Faceman dan B. A. sebagai hitter dan Murdock sebagai juruterbang. 

Review: Best dan kelakar la. Especially Murdock yang berlakon sebagai juruterbang yang tak berapa betul kepala hotak dia. Boleh buat lawak lagi padahal tengah kena serang dah tu. HAHA....



-----------------------------------------------------------------


Title: The Karate Kids:

Sinopsis: Story tentang Dre Parker (Jaden Smith) yang terpaksa berpindah ke China sebab bapa dia meninggal. Tiada kaitan pun sebenarnya. Tapi, layan jerla. HAHAHA... Mr. Han (Jackie Chan) sebagai Tukang paip kat rumah baru diorang tu ajar Dre teknik Kung Fu sebab kesian tengok Dre yang asyik kena buli jer.

Review: Mengarut! Tajuk Karate tapi cerita pasal kung fu. Aku pun dah pelik dah. Tapi kenangan la jugak tengok story ni sebab ada persamaan sikit dengan semua cerita The Karate Kid yang lepas-lepas.

------------------------------------------------------------------------


Title: Knight & Day


Sinopsis: Cerita tentang Roy Miller (Tom Cruise) sebagai secret agent yang retrieve battery khas yang ada kuasa yang besar sampai boleh hidupkan 1 bandar. June Havens (Cameron Diaz) yang tiada kaitan tiba-tiba pulak terlibat sama dalam misi retrieve battery ni. Ramai la pulak tiba-tiba nak battery ni. Secret Agent dengan mafia dunia dua-dua berebut nak battery ni.

Review: Battery jer pun. Tu pun nak sampai bunuh-bunuh ke? HAHA... Cerita tak berapa best sangat mula-mula. Boring! Tom Cruise berlakon pun harap muka jer! kecewa betul aku! HAHA...

Tuesday, June 22, 2010

Sadis Ke Kalau Aku Cakap Aku Single Lagi?

Ada orang tanya kat aku:


Lan: Weih, Umur ko berapa?

Aidi-Safuan: 21 tahun. Nak masuk 22 tahun pada 23 jun ini. (skema gila jawapan. HAHA...)

Lan: Owh.... Ada awek? Berapa ramai?


Aidi-Safuan: HAHA... Kepala hotak kau berapa ramai. Sorang pun takde nih. Apesal?

Lan: La... Loser gler! HAHA... sadis pulak aku tengok diri ko nih.


Aidi-Safuan: Kurang diajar punya makhluk. Siap kau. Nanti aku letupkan kotak pensel kau!




HAHA... so persoalannya. Loser ke orang yang single ni? Tak best ke kalau berkawan dengan orang yang single ni? Boring ke kalau lepak-lepak dengan orang single ni? Ishh.... Emosional pulak aku! Hampeh betul. HAHA...

Saturday, June 19, 2010

Relationship Mengubah Setiap Orang. Gila Tak Best!

[Tiada Kaitan] Baru habis Kem Motivasi Perdana Uniten-Felda 2010. Penat giler! Dapat elaun terus enjoy. HAHAHAHA....



Ada boyfriend?
Ada girlfriend?
Pernah ada boyfriend atau girlfriend?
Percaya tak bahawa relationship mengubah diri seseorang?



Ada orang kata, bila kita sayang seseorang tu. Kita akan terima sebaiknya baik atau buruk diri dia. Memang la betul benda ni. Tapi semua orang boleh terima ke benda ni? Sanggup ke terima bila dah bagitahu keburukan masing-masing nanti? Well, setiap orang ada dark side masing-masing. Tak kisah la dark side tu besar atau kecik. Contoh paling mudah bagi lelaki, kalau kat rumah tu bukan main lagi kentut merata-rata. Tapi bila keluar dengan girlfriend, bukan main suci lagi konon-konon tak pernah kentut seumur hidup. HAMPEH!!!


Yerla. Orang kata, perubahan tu benda yang baik. Aku tak nafikan la benda ni. Tapi kalau ada lelaki sanggup pakai baju color pink sebab awek dia suruh, perubahan baik kah itu? Bagi gadis-gadis, baik la kot. Tapi dari suatu sudut, gadis tersebut mahukan lelaki itu turut menyukai warna kegemaran gadis tu jugak. Sharing is caring la kot. HAHA... Memang la sharing is caring. Tapi cuba bayangkan kalau lelaki tersebut tiada girlfriend, sanggup tak lelaki tu pakai baju color pink?

source: here!


Satu lagi perkara yang berubah apabila ada girlfriend/boyfriend ini adalah, minat atau hobi yang kita pernah minat tu, kadang-kadang dah tak boleh diamalkan bila dah ber relationship ini. Contoh simple, kalau seorang gadis ni suka main futsal. Tapi disebabkan boyfriend dia tak suka awek dia main futsal, mesti awek tu pon tak boleh nak main futsal jugak. Lepas tu bila dah lama-lama, terus hilang minat nak main futsal tu. Haihhh.... Salah ke kalau ada minat yang pelik-pelik? Kenapa nak samakan minat korang kat girlfriend/boyfriend korang? Biar jerla diorang ada minat tu. Cuba kalau minat atau hobi korang tu pasangan korang pulak tak suka lepas tu selalu condemn korang. Korang marah tak?

source: here!



So, seronok ke ber couple camni? Mesti korang nak kata tak semua pasangan camni kan? Tapi cuba korang fikir balik, betul ke korang ni adalah sama seperti zaman korang belum couple dulu? Betul ke korang langsung tak berubah? By the way, aku tak cakap pun ada relationship ni tak best! Just korang fikir la, dah kata dulu kalau sayang sangat. Boleh terima seadanya tentang pasangan anda. Tapi end up, korang nak BF/GF jadi macam diri korang pulak. Haihhh....

Sunday, June 13, 2010

Kahwin? TAK NAK!

[Tiada kaitan] Busy gila arrghhh dengan Kem Motivasi Perdana Felda-Uniten 2010 dari 11 Jun hingga 17 Jun. Dah la takde awek cun di sekeliling. :P



Ramai orang tanya, bila target aku nak kahwin. Jawapan aku senang jer, "Maybe aku taknak kahwin langsung". Ramai orang pelik. Nak tahu sebab apa?


Okay, sekarang umur aku 21 tahun. (23 jun ini umur aku jadi 22 tahun). So, aku target umur 25 tahun aku dah ada kerja tetap dan patutnya dah ada kewangan yang kukuh. Sekarang ni aku tengok hantaran at least mesti RM 10k. Itu pun paling minimum tu. Kalau RM 15k macam mana? Kalau RM 20k? Itu baru hantaran. Barang-barang hantaran lagi, photographer lagi, sewa kanopi lagi, katering lagi, elaun tok kadi lagi, kad kahwin lagi dan macam-macam lagi. So paling sedikit aku budget dalam RM 30k untuk satu majlis kahwin. Untuk dapat RM 30k, aku rasa dalam 6-7 tahun jugak la aku kena berjimat gila-gila punya. Itu pun kalau aku takder kereta, motor, rumah dan lain-lain. Semua ni untuk 1 majlis kahwin jer baru. Haihhh....


Dah kahwin pulak, rumah mesti kena ada. Takkan lepas kahwin nak duduk rumah mak mertua. HAHA... Kereta pun kena ada jugak. Dah kahwin pun nak naik public transport gak? Memang kena perli dengan mertua jerla nanti. =P Lepas 9 bulan pulak, dah tambah 1 orang lagi dalam family. Belanja orang baru tu mana nak cari? Memang la orang kata rezeki anak tu ada Tapi kalau tak cari rezeki tu, tak datang jugak.


Ini baru pasal duit. Nak cari calon pula, ingat senang? Walaupun nisbah perempuan lagi ramai daripada lelaki sekarang ini, tapi nak cari calon terbaik tu susah jugak. Ni lagi satu. Nak cari calon yang terbaik jer. Yang pakai tudung, alim, baik, pandai masak, pandai ambik hati orang tua, sopan santun dan macam-macam lagi pakej gadis melayu. Padahal time nak cari awek dulu nak yang seksi, cun, hot, body mantap, idaman semua lelaki jer. HAHA.... Teruk perangai. :P


Dah ada calon, nak ambil hati orang tua calon pulak. Ingat senang je ke? Sekarang ni mak-mak mertua ni nak calon menantu diorang yang ada kerja mewah, famous 1 Malaysia, selalu datang jenguk diorang kat kampung, pastu ada cucu nanti kena bawak cucu main-main selalu dengan diorang. Tu belum jumpa bapak mertua yang jadi imam kat surau kampung. Confirm dia nak cari menantu yang boleh jadi imam jugak. HAHA....


Bila dah kahwin nanti. Tanggungjawab ni makin berat. Setakat tanggungjawab batin tu jer, budak 15 tahun pun boleh buat! Ini tanggungjawab yang zahir ni. Iya la. Dulu hidup sorang-sorang jer. Skip 1 kali meal pun tak kisah. Ni dah kahwin, gila apa tak nak sediakan barang dapur semua. Tak pasal-pasal bini lari ikut mat indon pergi lombok on the spot. :P Tu baru pasal makan. Nak maintain kebahagiaan lagi, ingat senang? Bila dah kahwin ni benda kecik pun boleh jadi besar kalau tak reti kawal.


So, aku tak rasa aku akan kahwin sepanjang hidup ini. Ada la jugak member-member cakap, "Ish, tak baik tak kahwin. Kan itu sunnah Nabi kita". Haaa.... Memang la itu sunnah our beloved prophet kita. Habis tu nak ikut sunnah yang best je ker? Sebelum kahwin bukan main galak pergi dating ke hulu ke hilir tu sunnah Nabi kita ke? Pegang tangan pegang bahu pegang pinggang. Siap tolong ketip-ketip kuku lagi tu, Sunnah Nabi ke? Tak nak pulak ikut sunnah nabi time tu kan? HAHA... Sorry kalau terasa. Ini pengalaman aku sendiri actually. =P Tapi macam mana pun, kalau dah ada jodoh tu. Kahwin la jugak kan. Pesanan terakhir kat yang dah berkahwin tu, Maintain kan la perkahwinan korang tu okay! Yang dah nak kahwin tu, selamat pengantin baru! :)

Friday, June 11, 2010

Tudung Mana Yang Korang Pakai Sekarang Ni? Dah Check?

HAHA... Tak sangka entry aku sebelum ni menyebabkan ramai tak puas hati. Siap dituduh GILA TRAFFIC lagi tuh. HAHA... Dah nama pon blogger. Mesti la gila traffic. :P Okay la, bak kata joegrimjoew kat dalam komen entry before this. "Hari jumaat weih!", so, aku nak buat entry yang berilmiah la sket.


Story pasal tudung atau dikenali sebagai hijab dalam english. Actually selain agama islam, agama lain pon turut menyuruh pemakaian tudung ni kat penganut mereka. Antaranya kristian, katholic dan jugak jewish(yahudi). So apa beza tudung antara semua agama nih? Haa.... tengok jerla picture kat bawah ni. Tapi sumber ni tak boleh dipercayai jugak. Nama pon internet, mana boleh percaya sangat!





Source: Google Image




So, jenis tudung mana yang korang pakai sekarang ni?

Tuesday, June 8, 2010

Aku Rasa National Spell It Right Challenge Membuatkan Pelajar Universiti Malu Dengan English Mereka!

Tak percaya? Tengok picture kat bawah ni. Preliminaries Round kat Kota Bharu Mall, Kelantan. Ini baru Peringkat saringan. Yang final nanti entah camner la plak kan. :P










Yang ni peringkat sekolah rendah kalau tak silap. Sekolah menengah susah sikit. Sikit ke? HAHA... Segan la pulak dengan English aku sekarang ni. huhu...
More info: HERE!

Saturday, June 5, 2010

Kepada Gadis-Gadis, Tak Payah La Susah Payah Nak Cari Putera Idaman!

Sekarang ni aku tengok, banyak blogger gadis-gadis yang suka post entry pasal lelaki idaman diorang. Pastu mesti dalam entry tersebut dinyatakan contoh-contoh putera idaman diorang la kononnya. MASALAHNYA, semua yang diorang nyatakan tu mesti semuanya adalah watak dalam drama atau filem jer. HAHA... Contoh-contoh biasa yang diorang selalu idamkan mesti Aidil dalam drama Nur Kasih. Kalau tak pun Adam dalam drama Adamaya. Boring!!! Huhu...


Actually, memang la tak salah pon kalau berangan nak lelaki idaman macam diorang ni. Nak yang handsome la, yang baik hati la, yang caring la, yang romantik la, gentleman la. Haihhh... Pastu mesti dalam entry tu tak akan tulis nak yang kaya, loaded, berharta, pemegang saham terbesar KLCC atau ada tanah 10 ekar kat sebelah KLIA. Bab-bab duit ni tak boleh tulis dalam entry, nanti takut orang komen diri ini gila duit pulak. Hipokrit! HAHA... Then dalam entry tuh juga, mesti ada tulis "nak yang beriman. Nanti boleh la dia bimbing saya ke jalan yang benar". HAHA... Wajib la tulis pasal bab beragama ni kan? baru la orang yang baca entry tu boleh respect sket kat blogger tersebut. Tak gitu? HUHU...


Sebenarnya aku tak kesah pon pasal ciri-ciri lelaki idaman diorang semua ni. Lantak la kan. Biasanya yang selalu kita berharap tu la yang kita tak akan dapat. =P Tapi sebenarnya, wujud ke lelaki yang betul-betul menepati citarasa semua gadis-gadis ni? Yang semuanya benda-benda baik jer dalam diri lelaki ni. Yang negatif langsung takde. Jawapannya, TIDAK WUJUD! Sebab apa, sebab dalam kepala otak lelaki hanya ada 3 perkara jer. Iaitu SEKS, SEKS & SEKS. Yang korang tengok dalam drama yang caring, romantic, gentleman apa kejadah semua tu. Tu adalah lakonan okay! Tak wujud pon dalam dunia ni lelaki macam tu sekarang ni.



Tak kesah la lelaki tu sesiapa sekali pun. Tapi perkara paling penting dalam diri lelaki adalah SEKS! Tak percaya? Baca suratkhabar Harian Metro tiap-tiap hari. Kalau sehari takder berita pasal Rogol, Tangkap Basah, Buang Bayi, Haruan Makan Anak, Video 3GP, Dalam Tandas, Budak Sekolah dan lain-lain. Meh sini aku berani potong kuku jari aku ni. HAHA... Men are wild beast. Dah memang hakikat camtuh. Kena la terima kan? Sebaik-baik mana pon lelaki dalam dunia sekarang ni, kalau dah ada perempuan hot bogel depan dia dalam bilik berdua jer. Tak mungkin la lelaki tu duduk diam jer kan. Sebab tu la mak bapak kita kalau tengok awek seksi pakai skirt atas lutut 5 inci jer mesti cakap "Mak aih! Pak Imam pon boleh tercabut ketayap nih!". HAHA...


Saintis ada buat research pada 2008. Lelaki berfikir tentang sex lebih 20 kali sehari. 20 kali sehari okay! Lebih kurang sejam sekali camtuh. Dalam tidur pun fikir pasal seks jugak. HAHA... So, terimalah kenyataan bahawa perkara paling penting dalam diri lelaki adalah SEKS!

Wednesday, June 2, 2010

The very standard language in the world! WOW!

Standard Language Center

Nak Diet? Jom Diet Dengan Mister Potato Rice Crisps

Dah makan tengah hari? Belum? Hari ini batalkan sahaja reservation anda tuh kat Restoran Kak Mah Nasi Dagang tu. Sebab hari ini kita akan berdiet sedikit. :) Asyik makan sambal cili api jer. Sekali sekala, makan la makanan berkhasiat sedikit kan? So, apa makanan tengah hari yang patut kita makan hari ini? Tidak lain dan tidak bukan, MISTER POTATO RICE CRISPS!!!


Kenapa kena makan mister potato tengah hari ini? Boleh kenyang ke kalau makan Mister Potato Rice Crisps je? Haaa... itu lah yang kau orang semua tak tahu! Mister Potato Rice Crisps ni bukan sahaja mengenyangkan perut kita, malah ia juga berkhasiat dan sesuai untuk diet kita. Jom kita tengok kelebihan Mister Potato Rice Crisps ini.

20% Rendah Lemak
Tiada MSG
Tiada Kolestrol
Tiada Pewarna Tiruan
Extra Tall
Khasiat Kentang & Beras


Haaa... Bukan sahaja berkhasiat, malah lebih kenyang kan? So, jangan la risau lagi kalau korang semua rasa Mister Potato ini adalah salah satu makanan yang boleh menggemukkan korang. =) Untuk Mister Potato Rice Crisps ini, terdapat 4 perisa yang diperkenalkan iaitu:

Hot & Spicy
Original
Sour Cream & Onion
Flame Grilled BBQ



So, tak nak ubah menu makan tengah hari anda? Sebab aidi-safuan sekarang ni dah berdiet dengan Mister Potato Rice Crisps. Perisa kegemaran aidi-safuan? Dah tentulah Flame Grilled BBQ! Nyam-nyam....